t>

Breaking News

Polis Bengang Kena Kritik Isu Penahanan A.Samad Said.

Hahahaha.


Marah abang2 POLIS bila kena kritik secara terbuka melalui media sosial berkenaan penahanan A.Samad Said yang dilakukan secara tergesa2 dan lewat malam. 

Ini antara kata2 yang aku anggap lucu dari mereka ;

"Suka hati polis hendak tangkap jam berapa pun, kita tidak ada tempoh, kalau kita hendak tangkap, kita tangkap,” kata Zainuddin ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

"Saya tidak faham kenapa sibuk-sibuk kritik tengah malamlah, ini kerja polis, jangan ganggu kerja polis," katanya mengulas kritikan pengguna internet terhadap tindakan polis itu menahan Samad yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu.
Ketika ditanya apakah rasionalnya polis menangkap pada waktu malam, Zainuddin berkata, waktu malam adalah lebih sesuai untuk melakukan tahanan.
Antara yang marah dengan tindakan polis itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai biadap.
"Tindakan biadab! A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?" Reaksi Anwar melalui akaun Twitternya ketika mengetahui Samad ditahan.
Anwar turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada sasterawan negara itu.
“Tak dapat soal siasat siang hari? Perikemanusiaan?" katanya.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penahanan-pak-samad-kami-ada-hak-tangkap-bila-bila-masa-kata-polis

Aku rasa PDRM terlepas satu episode kat sini. Episode pertama. Episode pertama, babaknya dimainkan oleh PDRM. Mereka kata mereka nak tahan A.Samad Said, tapi dia takde kat rumah. Dia menyorok. Then A.Samad Said membalas kenyataan tersebut. Dia beritahu di media, dia ada di rumah pada bila2 masa. Tak menyorok pun. Jika PDRM mahu, datang la ke rumah dan tahanla dia. Then Nazri Aziz masuk campur. 

Warning A.Samad Said.

Siapa dia tue? Besar sangat ke?

Nampak tak babak2 tersebut? Kalau nampak babak2 tersebut maka fahami la kenapa PDRM kena kritik. Ini kerana dari awalnya mereka bermain wayang. Takde rumah la. Menyorok la. Tak dapat cari la. Kononnya A.Samad Said besar kepala la.

Tuduhan yang tah hapa2. Langsung tak related dengan tingkahlaku A.Samad Said. Dia tak buat apa2 pun untuk melayakkan dia mendapat tuduhan dan persepsi2 seperti itu. 

Faham tak?

Mula2 ko bagitau kat public ko tak jumpa A. Samad Said. Then tiba2 ko tangkap dia tengah malam time orang dah tidur apa semua.

Apa maksudnya tue?

Sebab tue la kena kritik. Time siang takmo tangkap. Siap bagi alasan bagai. Last2 tangkap tengah malam. Lepas kena kritik marah pula. Padahal yang menyebabkan mereka dikritik ialah tindakan mereka sendiri juga, yang dibuat sebelum2 neh.

Tah hapa2.

Haha.