Polis Buru Polis - Isu Dedah Nama Kongsi Gelap.
Apa citer yang aku baru baca neh? Memang patut rasa pelik. Kalau nama2 itu betul, bila ia terdedah di media, nak buat apa buru polis yang dedahkan nama2 tersebut? Melainkan nama2 yang didedahkan itu adalah informasi yang berupa fitnah ataupun tohmahan semata2.
Jadi seorang polis pun menyebarkan maklumat palsu untuk mengelirukan rakyat? Pendapat aku sebelum PDRM beria2 mencari dalang apa kata beri penjelasan kepada public terlebih dahulu? Adakah nama2 yang didedahkan itu adalah informasi palsu ataupun sebaliknya?
Kenyataan PDRM ;
Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut.“Kita tidak tahu siapa yang dedahkan, kami pun mahu tahu juga,” katanya yang turut mencurigai senarai nama tersebut.
Mencurigai?
Adakah ini bermaksud POLIS pun tidak tahu jika maklumat itu benar ataupun sebaliknya?
Bagaimana pula dengan kenyataan ini?
“Saya tidak tahu sumber mana dari kementerian tetapi maklumat itu tidak datang dari polis. Kami ada senarai sendiri dan sebahagian geng yang disenarai kementerian dalam perhatian kami,” kata Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hasan.
Masih tidak menjelaskan samada jika senarai2 nama yang didedahkan kepada press itu sama atau tidak dengan senarai nama yang ada dalam simpanan polis? Jika senarai nama itu palsu, katakan saja palsu. Jika senarai nama itu benar, maka katakan saja informasi tersebut adalah benar.
Masyarakat mahu tahu jika info2 tersebut adalah benar ataupun sebaliknya. Itu yang perlu dikenalpasti terlebih dahulu.
Berkenaan seorang ahli politik MIC yang mahu menyaman kerajaan dan ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk mengesan polis yang mendedahkan senarai nama tersebut, aku terpaksa cakap ia tindakan yang tidak bijak.
Sepatutnya clear the air dulu. Senarai nama itu benar atau tidak. Then jika ia benar maka terbuktilah bahawa salah seorang ahli politik MIC juga terlibat dalam kegiatan kongsi gelap. Dan adalah lebih baik polis cari bukti2 lanjut untuk mengesahkan perkara tersebut. At least bila dia menyaman kerajaan polis ada bukti kukuh bagi mengaitkan individu tersebut dengan kongsi gelap.
Melainkan jika senarai nama itu palsu, maka polis boleh la buat statement media memberitahu kepada umum bahawa senarai nama tersebut adalah palsu dan mereka yang mendedahkan perkara tersebut tiada kaitan dengan polis dan para pemberita di minta sahkan dulu maklumat mereka dengan polis sebelum menerbitkan apa2 artikel berkaitan siasatan dalaman polis.
Oke tak?
Bila polis tak buat macam yang aku sedang fikirkan sekarang neh, siyes aku rasa ianya fishy..
HAHAHA..
Sumber berita : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kdn-polis-gagal-kesan-dalang-dedah-nama-ketua-gengster