t>

Breaking News

Ibu Bapa Mengamuk Sekolah Pasang CCTV Dalam Tandas - Dengar Dulu Cerita Dari Pihak Sekolah..


Dengar dulu.

CCTV dalam tandas memang satu benda negatif kalau sekali pandang. Yelah, tempat budak2 salin baju apa bagai. Apatah lagi mempunyai risiko ia mungkin akan dimanipulasikan oleh pihak2 tertentu. Tapi aku syak pemasangan CCTV dalam tandas adalah untuk membendung gejala buli di tandas sekolah dan juga insiden2 seperti merokok dan kelakuan lucah antara pelajar..

Niat sekolah neh baik. Aku sebenarnya sokong pemasangan CCTV di kawasan sekolah bagi membendung perangai budak2 sekarang. Budak2 sekarang bukan macam budak2 dulu. Ada kes budak darjah 3 tunjuk tutt kat budak perempuan di salah sebuah sekolah rendah yang kawan aku mengajar.

Bayangkan.

Kecik lagi. Umur 9 tahun. Dah layan citer lucah. Tunjuk pula tuttt kat budak2 perempuan. Tak ke menakutkan?

Pada aku ia menakutkan. Bahkan dulu ada la sorang budak macam neh yang duduk sekitar rumah aku. Sekarang budak tue dah berambos. Bayangkan. Aku yang besar pun takut. Aku tak bagi budak tue datang atau masuk rumah aku. Umur dia pun dah meningkat. Dari darjah 4 kepada darjah 5. Makin gila dari apa yang aku dengar sebab dia pun tak jauh mana..

Itu baru sekolah rendah. Kalau sekolah menengah? Lagi la menakutkan. Jadi ada baiknya kita dengar dulu penjelasan dari pengetua sekolah terbabit kenapa agaknya CCTV itu dipasang sampai dalam tandas. Pernah ada kes yang negatif ke sehingga memaksa pengetua tersebut mengambil tindakan ini atau apa?

Kita taktau sejarah pelajar2 sekolah tue macam mana..

Pun begitu aku tak nafikan, ia sebenarnya mengundang persepsi yang negatif, sangat2 negatif bila pasang CCTV dalam tandas..

Baca bawah ;

Kementerian Pelajaran telah memulakan siasatan ke atas sebuah sekolah menengah yang didakwa telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas sekolah itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mengesahkan bahawa siasatan ke atas perkara itu sedang dijalankan pihaknya.

"Kami sedang menyiasat dakwaan tersebut dan memastikan samada kementerian telah dirujuk oleh pihak sekolah (dalam meluluskan pemasangan CCTV).

“Kami juga sedang menyiasat sebab pemasangan CCTV tersebut dan sekiranya ia adalah melanggar hak peribadi murid-murid ,” kata beliau kepada Astro Awani.

Ini adalah kontroversi terbaru yang melanda sekolah di negara ini selepas insiden makan dalam ‘tandas’ di SK Seri Pristana dua bulan lepas.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa SMK Seri Sentosa, Kuala Lumpur telah memasang CCTV dalam tandas murid perempuan dan lelaki sekolahnya.

Sekolah itu dikatakan telah memasang 64 buah CCTV bernilai RM100,000 selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran.

Pemasangan CCTV ini telah mencetuskan kemarahan segelintir ibu-bapa yang mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu.

Malah, mereka juga berkata mereka tidak pernah menerima sebarang surat meminta persetujuan yang dikatakan dihantar oleh pihak sekolah pada bulan Jun untuk mendapatkan kelulusan mereka ke atas pemasangan kamera tersebut.

Sebahagian daripada mereka akan memutuskan apakah bentuk tindakan lanjut yang bakal diambil hari ini.

Dalam mempertahankan pemasangan CCTV itu, guru besar SMK Seri Sentosa, Hajah Rahmah Abd Haji berkata surat meminta persetujuan itu telah dihantar kepada ibu-bapa dan penjaga 2,100 murid-murid sekolah tersebut.

Rahmah berkata, pada mulanya hanya 30 peratus daripada ibu-bapa itu memberi maklum balas negatif, tetapi kemudiannya mengubah fikiran mereka selepas mendengar penjelasan sekolah itu.

Rahmah juga berkata CCTV tersebut diajukan ke arah sinki dan tidak boleh digerakkan untuk mengacukannya ke arah tandas.

Rahmah menambah hanya beliau seorang sahaja yang mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV tersebut sekiranya menerima sebarang aduan daripada guru disiplin.

Katanya lagi, CCTV dipasang untuk mengelakkan masalah sosial seperti vandalisme, pergaduhan dan ponteng sekolah.