t>

Breaking News

'Kafir, Murtad Pertikai Keputusan Kes Kalimah Allah' - Pertikaikan Manusia Pun Boleh Murtad Rupanya!

Orang hari ini.

Secara generalise jek buat hukuman.

Ko kafir, ko kafir. Ko murtad, ko murtad. Ada wartawan. Aku bekas mufti. Aku ada ilmu. Bila aku cakap ko tak boleh buat macam neh ko jangan buat, atau ko ialah kafir dan murtad.

Hebat!

Ini nak sembang2 kutuk beberapa pemimpin PR yang dok ulas isu neh la. Terutamanya dari PAS. Dr. Dzul dan Khalid Samad.

Yang aku pelik.

Pertikaikan keputusan mahkamah = pertikaikan keputusan manusia.

Sejak bila pertikaikan keputusan manusia boleh jadi murtad dan kafir?

Aduhai la.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”, lapor Utusan Malaysia.

“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya.

Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.

“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan.