t>

Breaking News

Sabah, Sarawak Masih Boleh Guna Kalimah Allah Di Bible, Amaran Untuk Perkasa.

Keputusan berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian hanya terpakai untuk majalah minggu The Herald aje beb. Bukan bermaksud bila mana ko kristian ko tak boleh gunakan kalimah Allah untuk menamakan ia sebagai tuhan ko sampai bila2. Benda neh bukan omong kosong. Ia diakui oleh menteri. BTW jaminan juga diberikan oleh Taib Mahmud bahawanya orang2 kristian di Sabah dan Sarawak BEBAS, BERHAK dan diberikan HAK sepenuhnya untuk menggunapakai kalimah Allah di dalam bible.

Lihat bawah ;
Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata keputusan Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab di Sabah dan Sarawak serta jaminan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih terpakai.

Ini jangan nak salahkan PR lagi beb. Kenapa la korang bersikap double standard sangat. Amboi2. Bila PR kata Allah boleh je digunapakai oleh kristian kemain sembang kencang pongpang2 semua orang sesat bagai. Aduhai.

Ini Taib Mahmud bagi jaminan pada tahun 2011 bahawanya penganut kristian dibolehkan menggunakan kalimah Allah. Bahkan ia diputuskan dalam mesyuarat kabinet. Kabinet tue menteri2 BN tau. Situasi yang korang mesti faham ;

1. BN luluskan keputusan bahawa penganut kristian boleh guna kalimah Allah. Dalam majalah, dalam bible.

2. Then tetiba2 BN juga mengamok atas keputusan yang mereka sendiri buat.

3. Lepas tue PR pun masuk campur. Alah relax la. Biar je la kristian nak gunakan kalimah Allah. After all Allah tue tuhan kita seme.

4. Then BN cakap PR sesat apa bagai. BN perjuangkan hak muslim berkenaan isu kalimah Allah.

Aik? Mesyuarat kabinet luluskan. Mesyuarat kabinet = menteri2 BN. BN = luluskan via kabinet, BN yang sama pongpang2 marah depan press? Ko biar betul beb?

Dan ini pula amaran untuk PERKASA ;
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau memberi amaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UPKO berkata penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tidak mendatangkan apa-apa masalah di sana.
Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah itu sejak 100 tahun lalu dengan aman dan harmoni.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing turut senada dengan Madius.
"Datuk Zulkifli Noordin tinggalkan keputusan itu di Semenanjung dan jangan bawanya ke Sabah dan Sarawak untuk merosakkan keharmonian di sini."
Masing-masing turut menyuarakan kebimbangan sekiranya keputusan itu terpakai kepada Al-Kitab akan memungkiri janji Datuk Seri Najib Razak di Sibu pada 2010.
"Sekiranya perkara itu benar berlaku akan merosakkan kredibiliti Barisan Nasional (BN) dan Najib sebagai Perdana Menteri," katanya. - 15 Oktober, 2013.

Dua point penting beb.


1. 100 tahun dah bible sana gunakan ALLAH dalam bible. Tak pula jadi isu.

2. Najib dah bagi jaminan Sabah Sarawak dikecualikan dari larangan tersebut. Ia hanya melibatkan semenanjung.

Hah, dah nampak dah. Dah nampak dah permainan BN kat situ. Kot ada yang tak sedar2 lagi tatau la aku nak cakap apa. Lue fikirlah sendiri.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keputusan-mahkamah-tidak-terpakai-di-sabah-dan-sarawak-kata-wan-junaidi