t>

Breaking News

Larangan Hadir Program Anwar Ibrahim Atau Biasiswa Di Tarik Balik.


Ini adalah amaran tegas kepada para pelajar yang belajar di bawah biasiswa kerajaan. Student2 under JPA telah dilarang sekeras kerasnya dari menghadiri satu program, ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.

Aku tak sure program tersebut anjuran sapa tapi yang pasti larangan yang keras terhadap pelajar2 biasiswa under JPA oleh kerajaan Malaysia turut dilaporkan oleh media di negara tersebut.

Perghhhh

Garangnya BN neh.

Keh Keh Keh

Semakin korang takut pada Anwar, semakin la orang tertanya2 kenapa. Aduhai. Ini prinsip asas naluri kemanusiaan. Lagi dihalang lagi la mereka akan sentiasa terfikir2 dan mencari tahu kenapa2.. Takan tak faham2 kot.

Hehe..

Laporan oleh KD ;

ADELAIDE 15 OKT: Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.

Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.


“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.

Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’, di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013.

Penganjur ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi.

Sumber : sini