t>

Breaking News

Lelaki Melayu Ini Selamatkan Anjing - Melayu Kini Lebih Terbuka Dengan Anjing !

Salute dengan dia. Bahkan kita patut sentiasa terbuka bercerita pasal anjing. Anjing bukan binatang yang Allah ciptakan untuk dihina2. Tapi memang tipikal melayu menganggap anjing tue satu kehinaan. 

Bab anjing hina nak mampos.

Bab zina tak hina pula.

Nampak sangat biol pemikiran2 macam tue.

Tadi ada terbaca satu posting yang sangat2 menarik dari saudara Sharul Nizam Ab Rahim. Kata2 dia agak kasar tetapi aku tak terasa sebab aku tahu ia ditujukan khas untuk melayu2 yang selama neh jijik dengan kewujudan anjing.

Aku pun bukan la boleh mendekati semua anjing oke. Anjing2 yang besar aku terai elakkan walaupun dia jinak. Pasal aku seram. Dulu pernah ada kes member kena gigit dengan anjing kat kaki nasib baik tak teruk sangat sebab anjing tue tiba2 terkejut. Tapi kalau anjing2 yang kecil2 tue aku berani dekat dan pegang. Kalau aku jumpa sapa2 bawa anak2 anjing yang kecil2 tue, bila aku bersapa dengan pemilik2 anjing tue dan main2 dengan anjing tue.. perghhhhh

Orang yang tengok tatau nak cakap apa.

Macam aku tengah buat salah besar beb.

Tapi aku dah lali dah dengan benda tue. Aku pun dulu2 kerja dengan bos cina yang bela anak anjing yang jenis tak boleh membesar tue. Selalu dia main2 kat kaki aku. Jilat2 kasut apa. Apa yang best tah dengan kasut aku. Aku pun tatau.

Hehe.

Lagi satu kat tempat aku neh. Ada sorang tue orang kuat PAS. Ada kedai. Ya ampun. Siap bagi makan lagi pada anjing. Aku kalau pergi kedai dia relax je berjalan sebelah anjing. Salute sangat2 pada orang macam neh. Anjing2 dan kucing2 berdekatan kedai tue macam best friend pula tue.

Apa pun aku berharap sangat suatu hari nanti melayu2 tak la terlalu prejudis dengan kewujudan anjing. Ya, kita cakap soal kebersihan apa seme tue. Tapi jangan la terlalu prejudis bab kewujudan anjing dan mereka2 yang pelihara anjing especially melayu2. Mereka adalah sebab2 yang tersendiri.

Baca bawah ;

 




Ibu anjing dan 4 ekor anaknya yang baru lahir, telah selamat berada di rumah aku. Aku terpaksa membawa mereka balik kerana majoriti masyarakat Melayu di Pangsapuri Angsana, USJ 1 Subang Jaya adalah masyarakat Melayu paling bangsat pernah aku jumpa di Malaysia. Mereka membiarkan sahaja anak-anak kecil mereka membaling batu dan kayu pada ibu anjing yang sedang menyusukan anak-anaknya ini. Mereka kurang menegur jika anak-anak mereka menyerupai Iblis! Seandainya aku membiarkan sahaja ibu anjing dan 4 anak-anaknya terus tinggal disitu, mereka confirm akan mati kerana disakiti oleh anak-anak Melayu bertaraf celaka! So, aku perlu memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat


Aku dapat rasakan anak-anak mereka akan membesar sebagai anak-anak Melayu yang gagal didalam pelajaran. Jika tak percaya apa yang aku cakap ini, sila nilai post aku dalam tempoh 10 tahun lagi. Anak-anak kecil itu tadi berjaya mendapat pekerjaan baik atau sebaliknya?


Walaubagaimanapun, masih wujud beberapa masyarakat Melayu yang menyokong perbuatan aku. Dan mereka salute terhadap apa yang aku lakukan. Setelah daripada itu, mereka menyatakan hasrat untuk menyertai AAT dan berjuang bersama-sama aku. Dan mereka-mereka ini juga telah membantu aku untuk MEMBERI PENAMPAR KEPADA ANAK-ANAK MELAYU YANG BERPERANGAI BANGSAT!


Di gambar adalah Nyonya Chong. Dia menawar bantuan kepada aku untuk calm down ibu anjing. Aku takut ibu anjing ni. Dia tersangat garang. 


Ucapan penghargaan kepada Balai Bomba Subang Jaya. Mohon kita beri tepukan gemuruh kepada Ketua Operasi Bomba bernama En Hazinan. Beliau dan anak-anak buahnya membantu aku menangkap ibu anjing yang sangat agresif. Dalam masa hampir 1 jam, ibu anjing berjaya dimasukkan ke dalam sangkar


Jika mana-mana pihak yang berhasrat mencabar aku kerana menempatkan anjing didalam rumah, mohon buat aduan kepada mana-mana Jabatan Agama. Aku sanggup ke penjara hanya kerana ingin menyelamat ibu anjing dan 4 anak-anaknya daripada mati diseksa oleh manusia Iblis


Sudah terlalu lama aku pertahankan Melayu. Kini tiba masa untuk aku mengkritik sekelompok Melayu. Aku sampai ke dalam untuk pertahankan Melayu. Tapi akhirnya, mereka sakiti ibu anjing yang sedang menyusu anak-anaknya. Hati aku sangat terluka!

Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151747141838773&set=a.414763303772.187484.564648772&type=1&ref=nf