Ucapan Rahsia Yang Zahid Hamidi Cuba Sorokkan Kini Tersebar.
Pada semalam portal online melaporkan bahawa Zahid Hamidi mengugut wartawan mereka. Bukan dari Malaysiakini tetapi dari akhbar2 arus perdana yang lain. Antaranya Oriental Daily.
Antara yang dilaporkan oleh akhbar tersebut ialah ;
1. Zahid Hamidi telah membuat ucapan berbaur kontroversi.
2. Majlis tue majlis kerajaan tapi telah disalahguna dengan menjadikan majlis tersebut sebagai majlis umno.
3. Mula2 Zahid Hamidi tak perasan dengan kehadiran para wartawan.
4. Jadi dia pun pongpang2 sembang kencang apa bagai.
5. Last2 baru dia terperasan, aisehmen, wartawan ada lah plak.
6. Jadi dia pun menghalau sekumpulan wartawan2 tersebut dengan cara yang amat biadap sekali.
7. Sambil menghalau dia juga mengenakan syarat dan ugutan jika apa yang dia ucapkan atas pentas tadi sampai ke pengetahuan umum, siap kau. Syarikat ko akan ditutup.
8. Kesemua wartawan yang hadir takut dengan ugutan tersebut dan tidak melaporkan kejadian tersebut.
9. Kecuali wartawan dari Oriental Daily.
10. Wartawan sana laporkan yang mereka di ugut cuma tak berani siarkan ucapan berbaur kontroversi tersebut.
11. Wartawan MK pergi jumpa wartawan Oriental Daily dan dapatkan pita rakaman yang mengandungi ucapan kontroversi Zahid Hamidi.
12. Lalu MK laporkan.
Berikut adalah apa yang MK dapati selepas mendengar rakaman tersebut ;
Ahmad Zahid berucap dalam satu 'Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat' pada hari Sabtu lalu, yang dilihat seperti satu acara kerajaan yang bertukar menjadi acara Umno.Para wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan turut diugut oleh menteri tersebut agar tidak membuat laporan berhubung kandungan ucapannya.Ahmad Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian.Ancaman itu berjaya menutup mulut kebanyakan dari media tersebut, namun akhbar Oriental Daily News melaporkan bahawa Ahmad Zahid memberi amaran selepas membuat “kenyataan sensitif”.Akhbar itu bagaimanapun tidak memberi butiran lain berhubung kenyataan tersebut.Malaysiakini berjaya mendapatkan rakaman audio sepanjang 20 minit bagi ucapan yang disampaikan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka.Berdasarkan rakaman tersebut, Ahmad Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya untuk menahan golongan itu.“Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.“Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu.Ahmad Zahid seterusnya membangkitkan mengenai kes tembakan maut ke atas lima orang suspek anggota kongsi gelap di Pulau Pinang pada Ogos lalu.Beliau turut menegur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty – tanpa menyebut namanya – kerana mempersoalkan kejadian tersebut.“Ada timbalan menteri cengkadak buruk, dia pertikaikan saya dan polis, kenapa tak beri tembakan amaran dulu. barulah tembak. Saya kata kalau kamu nak jadi ngo, letaklah jawatan timbalan menteri. tak layak jadi timbalan menteri,” katanya yang disambut sorakan dari hadirin.Zahid juga menyifatkan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undangnya.“Kita siasat, kita bawa ke mahkamah, kalau tak ada bukti, kalau tak cukup bukti, sekurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi,” katanya lagi.Pindaaan ke atas PCA itu memberi kuasa untuk membuat penahanan tanpa perbicaraan dalam tempoh dua tahun bagi satu-satu masa.
1. Ada bukti tembak aje.
2. Maksudnya Zahid anjurkan tembak penjenayah2 tersebut jika PDRM dah ada cukup bukti.
3. Alasan Zahid ialah kerana ramai orang2 melayu telah menjadi mangsa kepada penjenayah2 tersebut.
4. Jadi kalau penjenayah2 tue melayu pula bagaimana?
5. Adakah kita akan tembak terus juga tanpa melepaskan amaran atas alasan mereka ialah penjenayah?
6. Atau ia terpakai untuk penjenayah2 non muslim dan non melayu saja?
7. Statement tersebut agak mengundang persepsi. Zahid Hamidi sedia maklum bab tue, aku percaya sebab tue dia tak bagi wartawan laporkan.
8. Zahid Hamidi kutuk P Waythamoorty banyak cekadak.
9. Zahid Hamidi juga bercerita pasal PCA yang kita tahu bersifat menindas.
Nanti la aku ulas bab PCA. Yang penting sekarang neh apasal Zahid Hamidi risau rakaman ini sampai ke public? Risau diperlihatkan sebagai racist ke apa? Risau tidak mendapat sokongan kaum2 cina + india dan urban melayu yang lebih bersikap terbuka dan moderate?
Hehe.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/243189