t>

Breaking News

Polis Menyiasat Dalang Penyebaran Video Rakaman Rompak Dan Tembak.


Sekali lagi kami ingatkan kepada pihak2 yang menyebarkan gambar dan rakaman video tersebut agar segera la remove dari blog dan laman sosial masing2 termasukla youtube. Ini kerana anda boleh di landa masalah jika masih berdegil untuk menyimpan perkara2 tersebut terutamanya video mengenai kejadian rompakan tersebut.

Polis akan menyiasat penyebaran tersebut. Ambank mengeluarkan kenyataan bahawa penyebaran video tersebut bukan nya datang dari pihak mereka. Mereka akan biarkan PDRM menyiasat perkara tersebut. Buat masa sekarang mereka belum memutuskan untuk mendakwa mana2 pihak yang menyebarkan video tersebut secara meluas. Video rakaman rompakan dan bunuh itu sebenarnya adalah bukti kejadian. Ia adalah untuk tujuan siasatan dan analisa oleh pihak polis. Bagaimana ia boleh terlepas kepada pihak awam? 

Yang neh PDRM kena la juga beringat. Takan la orang luar ada access kepada bahan bukti? Ia mesti kerja2 orang dalam gak. Yang ada access untuk dapatkan bukti dan cerita. Jangan salahkan orang awam melulu yer.

Pun begitu keluarga kepada mangsa jenayah melarang sekeras2nya penyebaran video tersebut disebabkan ia mengingatkan mereka kepada kejadian tersebut. Mereka masih lagi dalam tempoh berkabung dan memerlukan masa untuk melupakan semua ini. Penyebaran video tersebut tidak akan bantu menenteramkan jiwa dan emosi mereka ketika ini apatah lagi mereka perlu melindungi anak2 mangsa yang mungkin akan lebih terkejut dan trauma jika berhasil menonton video tersebut.

Diharapkan kepada mereka2 yang masih lagi menyebarkan video tersebut, boleh la bertindak mengalihkan segera dari laman masing2. 

Kang tak pasal2, ada yang bermalam di lokap.

Hehe..