t>

Breaking News

Zahid Hamidi Beri Amaran Tegas Kepada Syarikat Keselamatan Tetapi Masih Tidak Sebut Nama..


Tadi di tv begitu juga. Di wall PDRM pun sama. Amaran demi amaran dikeluarkan. Nampak tegas sekali.

Tetapi nama syarikat yang terbabit sampai sekarang pihak ;

1. KDN

2.PDRM

3. Menteri

tak sebut2 langsung. Siyes.

Baca amaran tegas oleh KDN kat bawah neh dulu ;

HENTI GUNA KHIDMAT SYARIKAT KESELAMATAN DIKAITKAN KES TEMBAK PEGAWAI BANK

Kuala Lumpur, 31 Okt - Pelanggan syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang pekerjanya terbabit dalam kes rompakan bank dan seorang pegawai bank itu maut ditembak 23 Okt lalu, diminta berhenti menggunakan khidmat syarikat itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya telah memberi notis secara lisan dan bertulis supaya semua pelanggan tidak lagi menggunakan khidmat syarikat keselamatan itu. 

Katanya, mana-mana pelanggan yang terus berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

"Kontrak perjanjian antara pelanggan dan syarikat keselamatan itu juga secara automatik terbatal dan jika masih menggunakan syarikat keselamatan itu, ia dianggap haram dan tidak sah," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Pertubuhan Pemidato Jaringan di bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahkan pegawai kementerian untuk ke ibu pejabat syarikat keselamatan itu dan beberapa cawangannya untuk memastikan mereka tidak lagi beroperasi.

Menurut Ahmad Zahid, syarikat keselamatan itu juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan termasuk menggaji pendatang tanpa izin dan individu yang mempunyai rekod jenayah.

Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan lesen syarikat keselamatan itu pada 25 Okt lepas kerana melanggar beberapa syarat, termasuk tidak membuat tapisan keselamatan terhadap petugas selain melanggar beberapa syarat lain di bawah Akta Agensi Pengendalian 1971.

Mengulas mengenai Ops Cantas bertujuan mengurangkan kadar jenayah yang bermula 17 Ogos lalu, Ahmad Zahid berkata 650,000 pemeriksaan yang dibuat membawa kepada penahanan 20,000 individu manakala 900 kertas siasatan dibuka. - BERNAMA

Sekarang fikir tak apa yang aku fikirkan?

Hah, baguslah. 

Wakaka..