t>

Breaking News

JAKIM Minta Umat Islam Sokong GST.

JAKIM.. JAKIM..


Ini sebab utama aku tak respect peranan JAKIM neh. Aku memang pukul rata bab JAKIM. Cakap la apa2 pun korang kat aku. Aku ahti batu. Keras. Kalau pasal JAKIM neh pendirian aku memang solid. Tiada langsung aku nak pandang positif kat JAKIM. Dalam banyak2 benda baik yang dorang buat aku nampak benda jahat je. 

Pasal apa?

10% kebaikan tak menghilangkan 90% kejahatan.

JAKIM memang PENJAHAT. 

Kat Malaysia neh JAKIM jahat no 1. Bab selewengkan akal umat ISLAM ikut nas pemimpin memang JAKIM expert.

Terkini. Pengisian khutbah jumaat pasal GST.

Pftttttttt...

Nak paksa sangat rakyat sokong GST gunakan masjid untuk berpolitik. Bukan kah ia larangan di negara ini? Berceramah pasal politik? JAKIM buat takpela pula kan?

Haktuih.

BTW JAKIM, selagi ko tak buat apa2 tindakan terhadap MANGGA PLAYBOY, mereka2 yang mempromosikan maksiat secara terbuka, mereka2 yang  menyelewengan agama Islam, mereka2 yang menindas rakyat, mereka2 yang memutarbelitkan ajaran Islam yang sebenar, bab zakat, kata2 ko kat bawah tapak kaki aku je.

Satu sen aku tak heran.

Lue fikirkan la ek. 

  • Mimbar Jumaat hari ini menggesa umat Islam menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tidak meremehkan usaha kerajaan "memperteguh ekonomi ummah" melalui pengenalan cukai baru itu.

    Melalui khutbah itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pengelolanya berhujah, GST tidak membebankan kerana ia menyusun semula sistem percukaian supaya lebih berkesan, saksama dan telus serta mengelakkan cukai terselindung dan bertindih.

    Malah, tambahnya, sistem cukai itu juga telah dilaksanakan di luar negara.

    "Janganlah kerana mengharapkan bulan dan bintang jatuh ke riba dan terpesona dengan bayangan palsu yang diciptakan oleh pihak musuh, jangan meremehkan dan mempersendakan usaha murni kerajaan yang sedang berjuang bagi membela dan mengangkat martabat ummah," khutbah itu dipetik.

    Sementara itu, mimbar juga berhujah, belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan Jumaat lepas juga mengambil kira kepentingan rakyat, antaranya melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bonus kakitangan awam, pembinaan rumah mesra rakyat dan bantuan yuran taska. 

    Khutbah juga mengucapkan tahniah kepada pemerintah, terutamanya perdana menteri atas pembentangan bajet yang disifatkannya mendahulukan kepentingan rakyat. -MKINI-