t>

Breaking News

47 Product Mengandungi Bahan Merbahaya - Tia Amelia, Natasya Gold Antara Tersenarai..


Eh, berita ini disiarkan pada tahun 2010. Tetapi kenapa pula pada tahun 2013 kembali kecoh di persada internet? Adakah ini disebabkan satu berita mengenai serbuan yang dilakukan terhadap premis yang menjual ubat2an yang dilarang dan tidak mendapat kelulusan dari KKM? Antara dalam gambar yang disiarkan oleh akhbar tersebut, product2 dan krim kecantikkan pun ada. Tapi depa taknak dedahkan nama pula tue.. geram aku.
Tapi kan, kalau ikut berita yang diterbitkan pada tahun 2010 neh [yang lama punya, yang versi baru citer lain] percaya tak bahawa, product2 seperti Tia Amelia, De Putih, Atiqah, Nuriz tue seme masih terdapat lagi di pasaran sampai sekarang. Adakah product2 tersebut sudah diluluskan oleh KKM ataupun product2 tersebut masih lagi mengandung bahan kimia yang tidak dibenarkan?
Jika product2 tersebut masih berbahaya kepada pengguna kenapa tiada serbuan dibuat ek?
Cuba baca petikan berita kat bawah neh dulu ;
Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
  • 357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG
Rujukan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Idamnakcantikjadigila/Article/