t>

Breaking News

Jawapan Rosmah Mansur Isu Guna Pesawat Kerajaan.


Rosmah akhirnya bagi respon. Dia cakap bahawa ;

1. Dia takmo rendahkan diri dia dengan melayan kritikan2 terhadapnya

2. Dia juga gembira dengan kerja yang dia lakukan sekarang [lawatan ke Qatar]

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terganggu dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya berikutan beliau menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk menghadiri Persidangan Perniagaan Antarabangsa di Doha minggu lalu.

Rosmah yang ditemui di majlis pecah tanah di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, berkata beliau sangat gembira dan tidak akan memberikan komen berhubung perkara itu.

Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya,” katanya.

Apabila diminta penjelasan lanjut Rosmah meminta pemberita mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.

Azizah berkata, lawatan Rosmah ke Qatar adalah atas kapasitinya sebagai isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau ke sana tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet itu,” katanya.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/i-am-happy-and-i-will-just-do-my-work-rosmah-tells-critics

Betul la juga kata Rosmah. Dia memang happy pun sebab kritikan2 tersebut hanya kekal menjadi kritikan aje selagi pengundi2 47% tak sedar2 dan terus menangkan BN pada PRU yang akan datang. Kalau dia dah kalah, jatuh terduduk baru la dia kelam kabut. Dia ada masa 5 tahun lagi untuk enjoy sakan. Kita neh tengok aje la.

Hehe..