t>

Breaking News

Berita Penuh Kes Tembak Ketua Pengawai Penguatkuasa JAIP - Benarkah Syiah Dalang Disebaliknya?

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi kes tembak. Kali neh berlaku di Pahang. Seorang penguatkuasa JAIP telah ditembak sebanyak 3 das peluru dan mati serta merta di kawasan rumahnya selepas diserang oleh 3 individu yang tidak dikenali.



Dikenali dengan nama Ustaz Raffli Malek. Menurut laporan dari berita BERNAMA ;

1. Insiden berlaku pada jam 2 petang.

2. Ketika kejadian, tiga individu memasuki rumah mangsa di Indera Mahkota 2 dan melepaskan 3 das tembakan.

3. Mangsa mati serta merta selepas terkena tembakan dari jarak dekat.

4. Ketiga2 penjenayah memakai jubah hitam dan berlilit serban.

5. Proton wira aeroback warna putih. Mereka datang dan berlalu pergi dengan kenderaan ini. No plat belum lagi dapat dikenalpasti. Tetapi boleh jadi mereka gunakan no plat palsu bagi mengaburi jenayah mereka.

6. Pihak polis sedang lakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif kejadian dan juga mencari penjenayah2 terbabit.

7. Menurut sebaran dari wassap ke wassap, info dalaman mendedahkan bahawa mereka mempercayai bahawa insiden ini dikaitkan dengan kumpulan syiah yang sedang giat dibanteras oleh Ustaz Raffli Malek.

8. Berita ini mengesahkan bahawa Ustaz memang sedang giat membanteras ajaran syiah yang semakin membiak di Pahang  ==> http://pahangdaily.blogspot.com/2013/10/jaip-pantau-penyebaran-ajaran-syiah-di.html

9. Akan tetapi boleh jadi juga syiah dijadikan alas untuk menutup dalang sebenar dan mengelirukan siasatan PDRM. Kita tidak tahu beb.

10. Untuk itu, kita serahkan saja kepada PDRM untuk keluarkan kenyataan rasmi mengenai kes ini. Usahlah buat spekulasi2 yang mungkin mana spekulasi2 ini akan diambil kesempatan oleh penjenayah sebenar..