t>

Breaking News

Guru Dicadangkan Agar Menerangkan Kepada Orang Ramai Mengenai GST - Apa Kata Anda?

Apa neh?


Aku rasa sebelum memandai2 buat kerja macam neh apa kata buat survey dulu. Tanya cikgu2 dulu. Dorang nak ke terlibat dalam program penerangan mengenai GST? Dorang nak ke pergi kursus2 apa bagai neh dan menjadi wakil bagi pihak KASTAM untuk menerangkan kepada public apa itu GST dan bagaimana kaedah pelaksanaannya..

Aku tak nampak benda neh salah atau betul. Bagus juga penerangan demi penerangan dilakukan untuk memahamkan rakyat mengenai GST. Seterusnya selepas rakyat faham apa itu GST baru la dorang boleh buat keputusan samada nak terima ataupun tolak. Kalau main berhujah tanpa kefahaman sepertimana yang banyak berlaku sekarang neh, memang hancur dan longgar la hujah2 penolakkan ataupun penerimaan terhadap GST. Sama aje mana2 kumpulan pun. Pro atau tak pro kepada GST.

Maaf cakapla. 

Ada sesetengahnya macam good2 aje bersembang pasal GST. Then kita tanya lagi. Macam mana ia akan dilaksanakan? Sekali dia pun tak faham. Habis apa yang dia faham? Copy paste ma. Cis. Aku pun terer kalau bab copy paste neh.

Adohai.

Cadangan dikemukakan oleh Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 2, Ahmad Jaidi Tajuddin. Nama pun cadangan aje. So oleh kerana ia masih lagi di peringkat cadangan. Belum dilaksanakan lagi walaupun program2 ke arah itu sudah pun bermula ketika ini.

Pendapat ikhlas aku. Aku rasa kita kena biarkan guru2 sendiri buat keputusan ini secara sukarela tanpa paksaan mana2 pihak. Dah banyak kali kes aku dengar neh. Guru2 selalu dipaksa buat itu ini. Walaupun dorang taknak. Tapi terikat atas sebab2 tertentu. Politik ataupun non politik. Sapa jadi cikgu tahu la. Pergi tanya cikgu2 sendiri kalau tak percaya cakap aku neh. 

Cikgu bukan robot la. Tak masuk lagi bab beban kerja dorang. Malas aku nak ulas panjang2 kat sini. Jangan bagi cadangan lepas tue abaikan suara guru2 kat sini. Bagi cadangan apa sekalipun, suara guru mesti diambil kira. Kalau majoriti bersetuju, bersetuju la. Kalau majoriti tak bersetuju kena hormat la. Jangan jadi kes samada setuju atau tidak, guru2 dipaksa untuk melibatkan diri dalam program penerangan GST seluruh Malaysia kepada orang awam atas sebab dorang tue kakitangan kerajaan.

Ini melampau.

Aku harap jangan sampai jadi macam tue.

Minta jangan buat keputusan syok sendiri. Tanya cikgu dulu. Biar dorang putuskan sendiri. Oke. 

Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=662161133823659&set=a.133152726724505.11635.133145123391932&type=1&relevant_count=1