t>

Breaking News

JPJ Pertimbangkan Cadangan Lupus Kenderaan Berusia 12 Tahun Ke Atas.


Sapa agaknya pemilik nama Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon neh ek? Aku harap kalau dia ada facebook, mohon la sesiapa share kat sini. Ingin sekali aku memberitahu dia bahawa jangan la dibuat cadangan yang pelik2 macam neh.

Tak baikla kenakan orang.

Bukan semua orang mampu nak beli kenderaan baru yang mahal harganya. Kalau hutang setakat setahun dua orang boleh tahan lagi. Ini hutang sampai 9 tahun. Tambah lagi 3 tahun relax2. Kena beli kenderaan baru sebab kenderaan lama dah berusia 12 tahun?

Apa kelogikkannya disitu?

Ini cadangan yang membunuh rakyat Malaysia. Tak sempat nak fikir samada kita akan mati atas jalanraya, kita mati atas sebab sakit ahti terlampau pada kerajaan sekarang neh dulu aku rasa. 

Fikirlah ek.

Dengan GST on the way.
Lepas tue ko cakap kenderaan usia 5 tahun perlu dikenakan pemeriksaan PUSPAKOM.
Lepas tue ko kata MOTOR tak boleh p lebuhraya.
Lepas tue ko kata kenderaan usia 12 tahun perlu dihapuskan.

Ko nak semua orang yang tak mampu kat Malaysia neh MAMPOS ke apa? Kalau ya, cakap terus terang neh. Senang sket kita orang nak bersedia dengan talian hayat bagi memastikan nyawa kami bertahan lebih  lama.

JPJ pun tak hagak2. Nak pertimbangkan cadangan bodoh neh buat apa. Kenderaan kalau diselanggara dengan baik usah kata 12 tahun, kalau hayat dia 24 tahun pun boleh digunapakai lagi. Janji berjaga elok sudah la.

Nak buat semua perkara di atas tapi harga kenderaan MAHAL nak MAMPOS. Lepas tue hutang dengan riba, dengan cukai dengan cukai jalan dengan insurans pun semakin MAHAL nak MAMPOS. Camne nak tanggung dengan keadaan KOS SARA HIDUP yang juga semakin MAHAL NAK MAMPOS? Dah la harga rumah pun melambung2 dengan riba pinjaman yang menggunung. Ya tuhan. Dorang neh betul ke manusia? Kalau ya kenapa kejam gila babi?

Orang pening kepala nak fikir macam mana nak SURVIVE hidup kat Malaysia yang mana rakyatnya berhadapan dengan pelbagai jenis masalah, depa dok tambah beban masalah lagi. Mana nak sumbat? Dari kerja 8 jam sehari kini dah jadi 12 jam sehari. Kos sara hidup punya pasal. Masa dengan anak2 dan family pun semakin kurang. Yang mana2 perlu bajet dah cuba bajet. Yang mana2 perlu potong dah di potong. Apa lagi yang dorang neh nak? Cadangan ini betul2 cadangan yang membunuh la. Nak aje aku maki sekali. Chelakey.

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jpj-akan-pertimbang-had-jangka-hayat-kenderaan