t>

Breaking News

KDN Jawab Isu 247 Pengawal Keselamatan Bakal Hilang Kerja.


Baru2 ini sebanyak 247 Pak Guard mengadu di SH bahawa mereka telah menjadi mangsa dalam kes rompak dan bunuh pegawai bank Ambank.

Menurut mereka ;

1. Mereka kehilangan kerja.

2. Kos sara hidup tinggi.. 

3. Kenapa yang tak buat salah terbabit sama..

Rujuk sini.

Betul juga kata2 mereka tue. Kalau nak di ikutkan, orang lain yang salah orang lain pula yang kena tanggung derita.

Alangkah bagusnya jika KDN boleh berbuat sesuatu. Seperti menyerapkan mereka ke syarikat keselamatan yang lain. Dah tentu2 la pelanggan2 syarikat keselamatan tersebut akan mengupah syarikat keselamatan yang lain pula. So seraplah kakitangan sedia ada..

Kesian kat mereka2 semua neh.

Pun begitu aku masih lagi tak rasa ini salah syarikat keselamatan sepenuhnya. Kan dah sebut banyak kali. Yang bagi permit lesen [KDN] pun kena tanggungjawab juga. Yang KDN neh pun beria2 salahkan satu pihak aje kenapa ek? Salah sendiri macam mana? Kasi cover up ke apa?

Baca bawah ;

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim menjelaskan tindakan KDN membatalkan lesen syarikat keselamatan di Perak baru-baru ini adalah sebagai iktibar dan amaran untuk syarikat keselamatan yang lain.

Alwi berkata demikian dalam kenyataan media bagi menjawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja berikutan lesen majikan mereka dibatalkan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.

"Tindakan ini menunjukkan KDN tidak akan berkompromi sekiranya ada syarikat keselamatan yang gagal mematuhi undang-undang, syarat serta peraturan yang ditetapkan" katanya lagi.

Alwi berkata sejak kebelakangan ini, terdapat kejadian atau insiden buruk berlaku akibat daripada kegagalan syarikat kawalan keselamatan mematuhi undang-undang, syarat serta peraturan yang ditetapkan.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan KDN bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini berlaku lagi”

Alwi melihat kejadian atau insiden buruk seumpama itu boleh memberi gambaran negatif  terhadap penyeliaan dan penguatkuasaan KDN terhadap syarikat kawalan keselamatan di negara ini.

“Maka tindakan sewajarnya akan diambil termasuk menggantung atau membatalkan lesen syarikat” ujar Alwi.

Alwi juga mengingatkan syarikat-syarikat kawalan keselamatan berlesen agar tidak terlalu mengutamakan keuntungan dengan mengambil mudah sehingga terlupa matlamat penubuhan syarikat.

Sebelum ini, dalam satu laporan oleh berita tempatan seramai 247 pengawal keselamatan di Ipoh menerima notis pembekuan kerja berikutan penggantungan lesen terhadap majikan mereka oleh KDN berkuat kuasa, 1 Nov.

KDN adalah kementerian yang bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada semua syarikat kawalan keselamatan.