t>

Breaking News

3 Bas Rakyat Malaysia Di Tahan Di Seberang - Info Palsu Kata PDRM.

Amboi.

Suka2 aje sebarkan info macam neh. Tak fikir ke orang ramai risau mengenai keselamatan sedara masing2 der? Jangan buat saspen weh. Jangan. Pada ko memang la bergurau bagai. Tapi buatnya orang yang baca mesej2 neh ialah sedara mara yang naik bas tue macam mana pula? Tak fikir ka betapa info2 ini akan merisaukan ahti keluarga mereka2 yang terlibat?

Tak fikir panjang pada orang2 yang suka sebarkan maklumat2 karut lagi mengarut dengan tujuan menakut2kan orang ramai..

Ini penjelasan dari PDRM ;

KOMPLEKS ICQS TEBEDU, SERIAN BEROPERASI SEPERTI BIASA:

Hasil semakan, polis mendapati kenyataan yang digembar-gemburkan di dalam media sosial Whatsapp berkaitan Kompleks ICQS Tebedu, Serian ditutup ekoran berlakunya ketegangan dan rusuhan di sempadan Malaysia / Indonesia adalah TIDAK BENAR.

Keadaan kompleks adalah tenang dan pergerakan keluar masuk di sempadan beroperasi seperti biasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan sebaran maklumat berkenaan yang boleh memudaratkan hubungan baik kedua-dua negara.

Individu yang tidak bertanggung jawab boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dalam mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

SUPT Lai Lee Ching
SUPT Komunikasi Korporat
Urusetia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman