t>

Breaking News

Amaran - Jangan Berhentikan Kenderaan Anda Bila Ditahan Oleh Keluarga Ini !!!

Woww

Menakutkan !!!!

Kes macam neh pun ada. Mak ai. Tak boleh report polis ka? Muka dah ada. Jelas pula tue. So takan tak boleh report polis supaya polis boleh amek tindakan yang sepatutnya? Risau juga modus operasi ini ditiru oleh mereka2 yang lain. Bahaya wehh..

Baca ;



SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini 
Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.
Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.
Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan  Citta Mall.
Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.
Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.
Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign