t>

Breaking News

Harga Beras - Naik Atau Tidak? Menteri, Sila Jangan Cakap Berbelit !!

Korang tengok permainan dia disini macam mana. Korang tengok dan baca betul2 dulu.

Rujuk ;

Kerajaan akan menyelaras harga jualan padi di seluruh negara tahun depan selain mengkaji beberapa pindaan dalam sektor pertanian negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Yaakob.

Beliau berkata perkara itu bertujuan menyeragamkan harga jualan padi kepada peraih.
 

"Perbincangan masih dijalankan dan inisiatif ini adalah sebagai galakan kepada petani untuk meningkatkan pengeluaran padi," katanya pada majlis makan malam dan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kuala Lumpur malam tadi.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/249547

Yang aku faham ;

1. Kerajaan kata nak selaraskan harga padi sebagai galakan kepada para petani.

2. Rupa2nya harga padi berbeza2 bagi setiap petani yang berbeza.

3. Bila dah namanya dia GALAKAN = automatik bermaksud meningkatkan harga jualan padi. Sejak bila pula turunkan harga padi = rendahkan pendapatan petani = bermaksud galakkan, betul tak?

4. Jika harga padi meningkat = kos jualan meningkat maka tak aneh la harga beras berkemungkinan besar akan meningkat sama.

5. Jadi lebih baik menteri2 berkaitan tolong bagi ayat yang jelas tanpa berbelit sana sini.

6. Harga beras akan turut sama terkesan atau tidak dengan perkara di atas.

7. Jika harga beras juga akan dinaikkan tolong maklumkan awal2 kepada pengguna.

8. Kerana kami juga nak meraikan kenaikan harga beras bersama2 dengan kenaikan2 lain pada malam sambutan tahun barang naik 2014 nanti.

Terima kasih ya.