t>

Breaking News

Kadar Tol Baru Bermula 1 Januari 2014 - Hadiah Tahun Baru Untuk Rakyat Dari BN!


Ia bukanla perkara yang mengejutkan. Rujuk sini. Rakyat sudah tahu kerajaan dalam rangka menaikkan beberapa kadar tol semasa yang melibatkan beberapa lebuhraya2 di negara ini kecuali yang dimiliki oleh PLUS.



Kerajaan memang pandai pilih tarikh untuk naikkan apa2 barang dan perkhidmatan di negara neh. 1 MEI ada, selepas hari merdeka pun ada, selepas PRU pun ada..

Awal tahun di saat rakyat bergelut dengan belanja persekolahan anak2, tambang2 bas sekolah yang akan dinaikkan, kerajaan memilih untuk naikkan kadar tol pula. 

Terbaek.

Baca ;
Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun.
Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda,

"Kerajaan membelanjakan RM400 juta pampasan jika tidak membenarkan penyelarasan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/249561