t>

Breaking News

Maaf Shahrizat, Rakyat Malaysia Bukan BANGSAT.

Semalam telah tersebar satu kenyataan Shahrizat yang BANGSAT MEMBANGSATKAN orang. Amboi.. Marah tak ingat dunia nampak. Kepada siapa kenyataan itu ditujukan sebenarnya? Kepada pembangkang? Jika diperhalusi betul2, kenyataan itu sebenarnya ditujukan kepada rakyat Malaysia. Bukan kepada pembangkang.

Lihat kenyataan tersebut disini bagi mereka2 yang belum menontonnya lagi.

Menurut Shahrizat ;
 

1. Saya nak kata memang pembohongan la apa yang pembangkang kata..

2. Memang bangsat betul la statement itu..

3. Semalam.. PM sanggup tinggalkan kami di dewan..setahun sekali aje kami jumpa..sanggup tinggalkan dewan untuk pergi ke kawasan2 banjir..

4. Hari neh timbalan perdana menteri pula ke sana.. ahli parlimen, adun, menteri2, menteri besar takde di dewan..

5. Dewan yang bersidang lenggang.. sebab saya tahu semua ketua2 wanita saya exco saya..semua turun ke padang..

6.  Saya nak tanya mana dia pembangkang?

7. Yang saya dengar ahli parlimen Kuantan ada di parlimen.. tahu nak cakap saja..

8. Saya nak tanya apa yang parlimen Kuantan dan Indera Mahkota nak buat untuk pengundi2 kamu di sana..
'
9. Jangan nak cakap saja la.. kalau takde pemimpin barisan nasionall hanyut nanti semua pengundi yang mengundi pembangkang..

10. Saya berbangga la sebab semua skuad2 saya, skuad SAYANG berada disisi mangsa2 banjir pada masa ini..

Kenyataan yang cukup2 biadap. Dan keras tak tentu hala.

Pertama. Bukan pembangkang yang dok pongpang2 cakap bantuan tak kunjung tiba, tak cukup, pemimpin2 tak datang menjenguk. Tetapi mangsa2 banjir yang sampaikan maklumat tersebut kepada orang awam. Kemudian mereka menelefon wakil rakyat. Kebetulan nya wakil rakyat disitu ialah dari PKR = pembangkang. Jadi isu tersebut dibincangkan dalam parlimen untuk diambil perhatian, diselesaikan masalah. Bukan untuk tambah kusutkan keadaan. Bukan niat nak kutuk2 sesiapa pun. Just nak minta bantuan kepada mangsa2 banjir. 

Jadi statement BANGSAT itu ditujukan pada siapa? Kalau bukan pada rakyat Malaysia? Apa la masalah nya dengan Shahrizat neh? Tatau citer tapi nak sembang aje lebih. 

Kedua. Part Fuziah bercakap di dalam dewan parlimen. Kalau tak tahu bercakap nak minta bantuan, maka nak buat apa? Takan nak terpekik terlolong berjoget lambak dalam persidangan pula? Memang la YB Fuziah tahu bercakap. Dia gunakan kelebihan tahu bercakap dia untuk minta bantuan kepada mangsa2 banjir, salah ke? Ketika ini, YB Fuziah sudah beberapa hari berada di Kuantan agihnya bantuan kepada mangsa. Dan YB Fuziah juga ada buka centre untuk hantar bantuan dan juga collect sumbangan dari orang ramai. Kalau tatau apa yang ahli2 parlimen buat, terai la tanya dulu. Jangan la dok bercakap macam nak main tuduh2 aje. Ini kenyataan2 macam nak cari gaduh aje. Boleh selesaikan masalah orang ke bila buat macam tue?

Ketiga. Aku tak berminat nak ulas part PM dan TPM yang melawat mangsa banjir. Penat bercakap pasal neh. Tapi bagi aku biarlah semua lawatan2 ke kawasan banjir disertai dengan niat ikhlas nak bantu mangsa banjir, sudahla. Yang berjoget, meronggeng dalam PWTC pun takmo la aku usik kan.. hoho.. BTW, Shahrizat pun tak turun melawat ke tempat banjir. Sembang kencang bercakap pasal orang lain buat apa.. alahai.

Keempat. Apa maksud Shahrizat kalau takde pemimpin2 pembangkang maka hanyut semua pengundi2 PR di Kuantan.. **sebab Kuantan memangkah PKR pada PRU yang lepas..

Maaf cakapla. Aku berat nak tulis neh. Fikir berkali2 juga. Negatif lebih banyak dari positif. Aku tahu memang tak patut aku sebut. Sebab ia babitkan kematian. Maka aku minta maad banyak2 sebab sebut. Mohon jangan anggap aku nak politikkan apa2 pula ek.

Just nak ingatkan Shahrizat, salah seorang ahli dan AJK UMNO telah meninggal dunia akibat lemas dalam banjir 3 hari lepas. Lemas bersama anak dia sebab bot terbalik. Salah satu faktornya ialah bantuan lama tiba, pasukan penyelamat yang kurang maka kemalangan2 tersebut berlaku disebabkan mereka pun bukanla begitu cekap dalam mengharungi banjir arus deras. Tak pakai jaket keselamatan..  jadi aku berharap mulut Shahrizat tue jangan lancang sangat. Sudah ada yang meninggal pun akibat nahas banjir. 3 orang. Kalau boleh jahit mulut tue, jahitla. Kalau perlu berubat untuk rawat kejahatan mulut tue, berubatlah. Kalau bisu itu lebih baik untuk  Shahrizat, maka jadila bisu. Jangan menyakitkan ahti orang dengan keluarkan kenyataan2 yang BODOH dan BANGSAT ye.