t>

Breaking News

Mati Dibelasah Selepas Kantoi Curi Duit Tabung Masjid.

Agresif. Melawan. Bertindak balas selepas ditangkap. Itulah yang dikatakan oleh mereka2 yang konon nya tahu sangat kenapa lelaki yang dikatakan mencuri duit tabung masjid tersebut dibelasah sehingga menyebabkan kematian.

4 ditahan ketika ini untuk siasatan lanjut. 2 warganegara Malaysia. 2 warga asing. Umur 19 tahun dan 20 tahun. Yang warga negara Malaysia tatau umur mereka berapa..


Wajah di blurkan. Memang ada gambar2 yang tak blurkan wajah si mati tetapi aku ingat better blurkan. Kot2 lepas neh kang ada yang suruh removekan gambar atas alasan aib, maka tak la terpakai untuk gambar2 macam neh sebab kita dah siap2 blurkan wajah si mati.

Seperti yang dilaporkan oleh berita ;

Suspek Curi Tabung Masjid Dibelasah Hingga Mati

Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap. Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tak pasal2.

Hajat di ahti nak tangkap pencuri. Taknak bagi orang curi duit masjid. Jaga amanah. Tapi last2 kena dakwa sebab membunuh tanpa niat. Aduhai. Rosak masa depan. Buang masa lagi nak kena hadap kes neh. Nanti kang kalau ada keluarga si mati yang tak berpuas ahti buat tuntutan.. tak pun tetiba kes neh jadi kes politik.. macam2 boleh jadi. Kita tatau.

Lebih baik ikut aje kata2 PDRM dalam kes2 macam neh. Menjaga keselamatan itu penting. Tapi jangan gadaikan masa depan sendiri. Jumpa pencuri, kalau mampu tahan, tahan. Mampu tangkap, tangkap. Mampu cegah jenayah, cegah. Tapi cukup setakat itu je. Lepas tue serahkan pada polis. Jangan buat tindakan sendiri. Bukan sebab nak bekap mana2 penjenayah oke, tetapi sebab taknak masa depan mereka2 yang tak bersalah terjejas tak pasal2. Pukul sikit2 sudah la. Tanda pengajaran. Selebihnya serahkan kepada polis hidup2. Pandai2 la polis buat kerja. Kita jangan amek alih tempat mereka. Sekarang dah jadi macam neh tak pasal2 keluarga dan yang tersayang rasa susah ahti woo.. fikir2kanla ek..