t>

Breaking News

Rafizi Dedah 4 Blog UMNO Yang Sebarkan Fitnah Dalam Isu Serangan BOM.

Kalau la polis nak ambil peduli dengan laporan tersebut. In fact tanpa Rafizi perlu suruh pun sepatutnya itulah yang polis buat dari awal lagi. Macam yang aku dah tuliskan disini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2013/12/polis-ambil-keterangan-rafizi-ramli-isu.html

Macam yang aku dah sebutkan. Email itu sendiri perlu disahkan sahih terlebih dahulu sebelum polis proceed kepada siasatan terhadap Rafizi. Email itu sendiri tak terbukti sahih ka palsu ka apa ka tahu2 aje Rafizi pula menjadi mangsa siasatan, tohmahan dan tuduhan membuta tuli.

Lihat statement Rafizi ;


Adakah polis akan bersikap adil? Aku sangat2 meragui akan hal itu.

Bukan hanya Rafizi bahkan keseluruhan rakyat yang akan turun berhimpun pada malam esok tak pasal2 dihina dan dicaci maki seolah2 mahu lakukan serangan bom la, membunuh orang la, perlu dihalau keluar la, patut dilucutkan kewarganegaraan la.. ini apa neh? Apa yang mengarut sangat neh?

Situasi dia begini ;

1. Sekumpulan manusia turun berhimpun.

2. Tujuan berhimpun membantah kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi dan membebankan rakyat.

3. Maka kat sini mereka sedang berniat lakukan protes aman.

4. Lepas berikan mesej yang jelas kepada kerajaan sedia ada, maka mereka balik la.

5. Dengan harapan bantahan ini akan dapat memahamkan pemimpin2 negara yang rakyat tidak suka dengan beberapa pelan kerajaan yang bertindak menaikkan harga barang dan perkhidmatan2 tertentu.

6. Mungkin pemimpin2 negara diberikan maklumat yang salah oleh penasihat2 mereka, mungkin pemimpin2 negara tidak menerima info yang betul mengenai pendapat rakyat melalui media2 arus perdana, maka perhimpunan ini sekurang2nya akan menyedarkan pemimpin2 negara apa sebenarnya yang rakyat fikirkan.

7. Maka ia diadakan.

Itu saja.

Yang nak pergi bom, huru hara, bunuh sana bunuh sini, serangan dan sebagainya tidak datang dari perhimpunan neh. Bahkan orang2 yang terlibat dalam perhimpunan neh sendiri bingung memikirkan. Sapa yang nak serang sapa neh? Bukan kita sepatutnya pergi berhimpun aje ke? Apahal plak bom apa semua neh? Sapa plak nak bawa bom senjata apa bagai woiii..

Faham tak? Orang yang kena tuduh sekarang neh blur. Apa pun dorang taknak buat selain nyatakan bantahan secara aman. Situasi neh sama aje macam UMNO yang buat perhimpunan agung di PWTC. Himpun sana sini, pongpang2 dan balik. Yang berhimpun dalam stadium. Yang berhimpun depan balai polis. Yang berhimpun sebab protes kerajaan negeri Selangor, Penang dan Kelantan. Sama aje situasinya.

Datang berhimpun, nyatakan ketidakpuasan ahti dan itu saja.

Jadi mohon berikan layanan yang adil la kepada kami semua. Kita neh walaupun berbeza idelogi politik tetapi masih rakyat di negara neh. Tak dapat kasih sayang dari pemimpin negara tetapi dapat ruang untuk dihormati sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara pun jadi la. Itu kan undang2. Takan itu pun nak rampas juga?

Lue fikir la sendiri..