t>

Breaking News

Tak Jejas Akidah Jika Ikut Sambutan Krismas - Menteri.

Betul ke macam tue?

Rujuk ;


Kenyataan penuh Khairy Jamaluddin yang dipetik dari laman media sosial ;


Aku rasa apa yang KJ ingin sampaikan ialah ;

1. Mari bersama2 belajar hormat menghormati antara satu sama lain walaupun kita berbeza kepercayaan, bangsa ataupun latar belakang sekalipun.

2. Keyakinan umat Islam takan terjejas jika mereka diasuh dan di didik untuk mengenal dan memahami Islam..

3. KJ pernah raikan sambutan krismas dan setakat ini tiada apa2 pun seperti itu pun yang mampu menyebabkan dia beralih kepercayaan..

4. Jika kita menyakini dan mempercayai apa yang kita percaya (Islam) tiada sesiapa pun mampu mengubah kepercayaan kita.. 

Mungkin juga nak gambarkan. Jika ada seseorang muslim yang murtad, dia murtad kerana dia sendiri tidak mempercayai apa yang dia diajar untuk percaya. Bukan kerana kekuatan ataupun kehebatan agama lain.. dia yang malas nak study Islam, ataupun memang dia tak rasa Islam itu benar so dia pilih untuk convert..

Some how jika point KJ nak bagitau bahawa kita perlu belajar hormati kepelbagaian budaya, bangsa dan kepercayaan pada aku itu betul.

Tetapi jika point KJ nak gambarkan bahawa sesiapa pun boleh raikan apa2 perayaan berasaskan  agama aku rasa itu kurang sesuai.

Umat Islam sudah ada perayaan sendiri. Berapa banyak lagi perayaan yang mereka mahu sehingga mereka boleh benar2 berpuas ahti dengan apa yang mereka ada? Hormat sambutan perayaan orang lain tidak la sampai perlu merayakan perayaan dia, bukan?

Pun begitu, point KJ tak lari jauh dari apa yang pernah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebenarnya. Majlis Fatwa Kebangsaan juga seolah2 mengambarkan bahawa muslim juga boleh raikan perayaan krismas jika tiada lambang salib atau apa2 lambang yang menjejaskan akidah mereka seperti pokok krismas.

Rujuk ;
Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2005 mengeluarkan "Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam" yang melarang orang Islam menghadiri majlis sambutan Krismas sekiranya terdapat lambang salib, atau pokok Krismas kerana dianggap “bertentangan dengan akidah Islam”.

Pada tahun 2007, majlis fatwa turut mengeluarkan satu lagi garis panduan, dengan membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat kepada bukan Islam semasa perayaan keagamaan mereka, dengan syarat ia tidak mengagungkan atau memuji agama lain.

Sumber : sini

Jadi jika ada mana2 menteri seperti PM meraikan sambutan rumah terbuka krismas, tanpa pokok krismas, takde lambang salib mahupun apa2 lambang yang menjejaskan akidah, itu bukan satu kesalahan. Ini garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh ulama2 yang faham Islam. Bukan aku nak membela sesiapa cuma dalam isu neh kita kena perhatikan semua aspek2 penting sebelum asyik nak menuduh aje.

Pun begitu, aku masih berpegang kepada pendapat menghormati kepercayaan mereka bukan bermaksud kita perlu sampai kepada meraikan perayaan tersebut. Jika semua jenis penganut bersama2 meraikan semua jenis perayaan dan sambutan maka apa lagi yang berbeza antara kita? Dah takde keunikkan dah..

Akan tetapi dalam soal merai sambutan krismas oleh orang Islam.

Jika ada umat Islam yang tidak berpuas ahti bukan kepada umat Islam lain yang harus mereka marah, bukan juga kepada pemimpin atau menteri ataupun rakyat biasa. Sebaliknya kepada ulama2 yang keluarkan keputusan itu yang mereka harus pertikaikan terlebih dahulu. Baru betul.

Begitu juga dengan ucapan selamat kepada penganut2 kristian yang meraikan sambutan hari krismas. Kita percaya apa yang mahu kita percaya. Mereka percaya apa yang mereka mahu percaya. Kita percaya ucap selamat menyambut perayaan kamu bermaksud kita hanya menghormati apa yang dia ingin raikan. 

Bukan bermaksud dalam ahti kita mengimani ataupun membenarkan perbuatan dia. Itu la yang aku faham. Cuma suka nak dikatakan, dalam pada kita mempertahankan apa2 yang kita mahu percaya, janganla sampai pandai2 keluarkan hukum pula. Apatah lagi gunakan gambar tokoh2 tertentu, buat ayat2 yang mengelirukan dan tidak sahih tanpa sumber rujukan yang jelas lepas tue pergi sebarkan sana sini. Tak pasal2 orang salah faham nanti.. pandai2 lue fikir sendiri oke..