t>

Breaking News

Tol Untuk Penunggang Motorsikal - Menteri

Ye.

Itulah cadangan terkini dari kerajaan terhadap rakyat marhaen. Tak cukup collect tol dari kenderaan 4 roda dan ke atas, tak cukup sekadar naikkan kadar tol dan harga petrol dan diesel, kenapa tidak kita kenakan tol juga kepada penunggang2 motorsikal? Almaklumla. Menteri kata nak jimat naik motor. Kalau semua naik motor sapa nak bayar tol? Rugila kerajaan. Maka kita kenakan tol untuk penunggang2 motorsikal pula.

Yahoooooo..


Menurut menteri ;

1. Kerajaan sedang dalam cadangan meneliti usul untuk mengenakan tol kepada penunggang2 motorsikal.

2. Buat masa sekarang penunggang2 motorsikal tidak perlu membayar tol di beberapa lebuhanraya utama. Melainkan 2 buah lebuhraya iaitu di jambatan Pulau Pinang dan juga Malaysia-SG Second Link.

3. Maka kerajaan bercadang lakukan kajian terperinci berkaitan pembayaran tol untuk penunggang motorsikal.

Maksudnya sekarang kerajaan nak kenakan tol la untuk penunggang2 motorsikal. Kalau tidak buat apa cadangan dan kaji? Dulu takde tol. Oke relax2 aje la takde tol. Tetapi sekarang perlu kaji maka kemungkinan besar depa nak kenakan tol kepada pengguna motorsikal berkuasa besar yang rata2 nya dimiliki oleh orang2 kaya. Yang tue mungkin orang2 kaya tak terjejas sangat la. Apa depa nak heran. Duit banyak kan.

Tetapi yang ditakuti sekarang ialah jika cadangan ini juga akan babitkan motor2 yang tak berapa nak besar dan tak berapa nak kecik. Silap2 cadangan ini menyebabkan semua penunggang motorsikal tak kira la motorsikal apa sekalipun kena bayar tol. Lagi haru bhai. Ingatkan nak jimat punya pasal naik motor. Alih2 motor pun kena bayar tol. Macam mana tue?

Kepada geng2 motor yang nak turun protes pasal kos sara hidup dan pasal cadangan tol ini boleh bersama2 rakyat pada malam 31 Dec 2013 nanti. Sama2 bersuara secara berhemah..

HAHAHAHA...