Rebat Touch N Go Bakal Dimahsuhkan?
Woww..
Jika baru2 ini kita dikejutkan dengan berita pemahsuhan laluan tol tunai sekarang kita mendapat satu lagi berita yang konon nya rebat untuk pemilik kad Touch N Go bakal dihapuskan terus. BTW, rebat ada pun macam tiada disebabkan syarat untuk apply rebat pun agak sukar.
Hahahaa..
Lihat ;
Jika baru2 ini kita dikejutkan dengan berita pemahsuhan laluan tol tunai sekarang kita mendapat satu lagi berita yang konon nya rebat untuk pemilik kad Touch N Go bakal dihapuskan terus. BTW, rebat ada pun macam tiada disebabkan syarat untuk apply rebat pun agak sukar.
Hahahaa..
Lihat ;
Pemansuhan rebat Touch ‘n Go digembar-gemburkan berlaku hujung tahun ini didakwa menjadi bukti pelengkap kelemahan kerajaan dalam mentadbir ekonomi negara.
Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, seandainya pemansuhan itu benar-benar dilaksanakan, maka tiada lagi keistimewaan yang tinggal selepas ini untuk dinikmati oleh rakyat.
“Jelas sekali, mereka (kerajaan) benar-benar mahu menekan rakyat. Mana tidaknya, pemberian sekecil ini pun mereka hendak tarik balik selepas menyedari kewujudannya mula menjadi perhatian ramai.
“Sepatutnya, mereka perlu berterima kasih kepada setiap pemilik Touch ‘n Go kerana telah menyumbangkan dana awal kepada kerajaan melalui pembelian kad berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Dalam pada itu, mengulas syarat dikenakan terhadap pemegang kad sebelum boleh menikmati rebat disediakan, beliau menyifatkannya sebagai terlalu tinggi dan tidak masuk akal.
“Penggunaan 80 kali sebulan ditetapkan adalah keterlaluan. Jika mengambil kira 20 hari bekerja, seseorang itu perlu mengikut jalan bertol sekurang-kurangnya empat kali sehari untuk mencapai jumlah tersebut.
“Dalam hal ini, mereka seolah-olah tidak ikhlas mahu memberikan rebat, selain dilihat cuba memeras wang rakyat khususnya pengguna lebuh raya. Kita berpendapat, lebih sesuai jika jumlahnya dikurangkan kepada 40 kali penggunaan sebulan, itu pun jika tidak dimansuhkan,” katanya. -SH-