t>

Breaking News

Cadangan Buka Hard Rock Cafe Di Putrajaya Dibatalkan - Presiden Putrajaya Holdings.

Tiada pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) di Putrajaya. Demikian penegasan yang dibuat  Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat malam tadi.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya, Aseh turut memohon maaf dan memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar beroperasi di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.

Jelas Aseh, beliau ada menerima kunjungan tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang menyatakan hasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan serta kemungkinan membuka premis hiburan itu.

“Namun tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali.

“Setelah mendengar dengan prihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur-unsur penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan.

“Saya mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Memang patut pun dia minta maaf. Sebab isu neh dia sendiri yang timbulkan.

Rujuk ;


Dan lagi ;


Padan la kena marah dengan rakyat.

Hard Rock Cafe tue rupa2nya ada jual arak segala bagai. Tempat tue aku tak pernah jejak so tatau suasana dia macam mana. 

Hahaha..

Cuma apa yang aku dok terfikir2.. kenapa nama ahli perniagaan yang konon2nya bercadang nak buka HRC tue macam mana orang melayu je? Orang islam ke tue? Eh.. takpe eh jual arak?

HAHAHAHAHAHAHA..