t>

Breaking News

Kecoh - Peminat Kucing Vs Peminat Ular Di Laman Sosial Gara2 Gambar Ular Makan Kucing!

Gara2 satu gambar yang dimuat turun oleh Mohd Fazil Hasan.

Rujuk gambar tersebut ;



Boleh dikatakan punca kepada pergaduhan ini di mulai oleh pemilik ular dalam gambar di atas. Itulah. Yang pandai2 pergi cari pasal buat apa. Konon nya nak troll. Troll punya troll lue yang kena balik. Mengamok fans kucing bila mana gambar di atas tersebar secara meluas di laman2 sosial. Bagi peminat2 kucing2, mereka beranggapan ini ialah satu kekejaman. Logik. Pasal dah namanya peminat2 kucing. Segala apa benda yang ditimpa atas haiwan yang bernama kucing itu menjadi concern kepada peminat2 kucing. 

Sama juga dengan kesnya bila ko ialah peminat2 ular. Kalau berlaku apa2 pada ular2 kesayangan korang pun korang bengang juga. Dah namanya peminat2 ular kan. Pendek kata peminat2 ular dan peminat2 kucing sayangkan haiwan masing2 disebabkan minat dan kecintaan mereka terhadap haiwan2 tersebut. Jadi respect je la each others.

HAHAHA..

Selepas tersebarnya gambar di atas, maka si Fazil Hasan ini pun telah diserang bertubi2. Yang disebarkan ialah ;

1. Encik Fazil neh bagi ular kesayangan dia bernama Ringgo makan anak kucing.

2. Anak kucing tue sakit.

3. Anak kucing tue dia jumpa tepi jalan.

4. Then dia kutip bagi ular dia ngap.

5. Tangkap gambar, upload di facebook dengan caption di atas.

6. Dah namanya facebook kan, hah mampos la ko jadi viral tak pasal2.

Selepas itu, maka berlakula serangan bertubi2 ke atas encik Fazil neh tadi, disebabkan ular dia makan anak kucing tadinya. Akan tetapi, cerita di atas tiba2 dah bertukar menjadi troll pula. Katanya itu bukan anak kucing ke, kucing sakit ke, jumpa kucing kat tepi jalan ke apa ke. Mereka, peminat2 ular pun respect juga kaum kucing. Ehh.. kaum la pula. 

HAHAHA..

Mereka hanya bagi kaum2 ular tue makan kaum2 tikus aje. Takan rupa tikus dengan rupa kucing tak kenal kot. Ejek pecinta2 ular.

Dek kerana serangan bertubi2 tue, maka si Fazil neh terpaksa la selamatkan keadaan. Walaupun penjelasan telah dibuat dan kata2 maaf telah dilontarkan.

Rujuk ;


Gambar asal yang memuatkan gambar si Ringgo makan tikus tue dah pun dipadamkan ataupun disetkan sebagai privacy. Si Fazil neh pun dah mula set2 privacy posting2 dia. Siap tukar gambar apa bagai lagi. Yelah. Dia pun dah tension gamaknya kena serang dengan peminat2 kucing. Tapi betul gak hujah peminat2 kucing. Yang lue pandai2 provoke kenapa der? Dah berani provoke berani la hadap. Nak buat macam mana kan.

HAHAHAHA..

Apa pun kucing bukan makanan ular. Bukan nak bekap kucing kat sini disebabkan aku pun suka kucing. Aku pun tak membenci ular juga. Aku pun tengok juga persembahan2 ular dan aku pun anggap yang ular2 tersebut telah dirampas kebebasan mereka dan tak pasal2 kena jadi alat cari duit. Aku pun marah juga dengan orang2 yang suka suki buat pembangunan tidak terkawal sehingga mengacau habitat asal ular dan haiwan2 lain. Tapi kan der, ada haiwan lain yang lebih sesuai untuk ular tue makan. Contohnya tikus hidup atau ayam hidup. 

Tapi memang kesian la juga kat tikus hidup dan ayam hidup bila ular nak makan haiwan2 tue. Almaklumla, ular tak makan benda yang mati. Desire dia pada binatang yang hidup2. Kat sini jek dah membuktikan kenapa ular itu binatang berdarah sejuk dan mempunyai sifat 'kekejaman'. Aku tak salahkan ular ye. Fitrah dia dah Allah jadikan begitu. Untuk kita sama2 ambil iktibar kenapa Allah jadikan fitrah dia begitu. Bukan untuk kita benci ular. Boleh jadi sebagai petunjuk kepada kita. Kat dunia neh aje ular dah diperlihatkan kejam. Kat dalam kubur nanti macam mana la keadaan dia ek. 

Walaupun Ringgo kesayangan Fazil tak makan anak kucing yang sakit, bak kata Fazil, tetapi Fazil juga diharapkan lain kali ber-ahti2 keluarkan statement di laman facebook. Bergurau boleh bergurau tapi jangan bergurau tak kena gaya. Silap2 pasal pergurauan mengarut neh tak pasal2 mencetuskan pergaduhan pula. Kan tak pasal2 peminat2 haiwan eksotik vs peminat2 kucing. Fikirlah ek. 

HAHAHAHA..