PKR Nafi Azmin Ganti Khalid Sebagai Menteri Besar Selangor Yang Baru.
Sejak malam tadi telah tersebarnya satu berita. Konon nya Azmin Ali akan diangkat menjadi menteri besar Selangor yang baru. Manakala Khalid Ibrahim pula akan dipecat sebagai menteri besar. Spekulasi mengenainya disebarkan oleh orang2 UMNO.
Di page ASSU ada, di wall Zahrain pun ada. Dan pagi tadi pula blog2 UMNO mainkan isu yang sama. Mereka translate satu laporan berita dari The Sinchew Daily yang melaporkan bahawa ;
Khalid bakal dipecat kerana ada usul undi tidak percaya ke atasnya.
Ataupun Khalid akan diberikan tempoh sehingga 6 mei 2014 kerana ketika itu la jawatan MB dia akan ditamatkan dan tidak akan diperbaharui lagi.
Kalau ikut spekulasi2 yang tersebar di wassap pula mereka menyebut team Azmin Ali sengaja memberikan tekanan kepada Khalid Ibrahim kerana dia dipercayai orang pilihan dan orang yang paling dipercayai untuk memegang jawatan no 1 dalam Parti Keadilan Rakyat mengantikan Wan Azizah disebabkan sikap tanggungjawab dan amanah yang ada pada diri dia.
Entahla.
Nak2 dekat pemilihan neh macam2 cerita yang kita dengar yer. UMNO begitu. PAS begitu. DAP begitu, PKR juga begitu. Pendek kata asal namanya parti politik. Memang tak terkecuali agaknya. Err PSM ada begitu tak?
Hehehe..
Baca laporan berita dari SH ;
PKR menafikan laporan sebuah akhbar yang mendakwa Timbalan Presidennya, Azmin Ali bakal menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat pada 15 Januari, isu tersebut tidak dibincangkan.
"Mesyuarat itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau (Khalid).
"Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu," katanya pada sidang media, hari ini.
Menurutnya, mesyuarat tersebut membincangkan isu Selangor antaranya kenaikan yuran lesen perniagaan, isu air dan kenaikan elaun.
"Kami hanya bincang isu Selangor. Isu kenaikan yuran lesen perniagaan, penyusunan semula aset air Selangor...berkenaan Projek Langat 2 dan kenaikan elaun.
"Tak bincang (lucut jawatan Menteri Besar). Jadi tak timbul isu Azmin ganti Khalid," katanya.
Namun, beliau akui melalui mesyuarat yang dipengerusikan Azmin itu, ada ahli yang menyuarakan pendirian keras iaitu melucutkan Khalid.
"Ada yang ambil pendirian ekstremis yang membawa kepada pelucutan Khalid. Empat atau lima orang daripada 55 ahli tapi adakah pandangan mereka menjadi keputusan mesyuarat? Tidak.
"Itu lumrah dalam parti (pandangan ekstremis). Tapi ini pertama kali berlaku dalam mesyuarat (ahli menyatakan cadangan keras)," katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Azmin tidak pernah membawa usul agar Khalid dilucutkan jawatannya.
"Masa bincang tentang pelucutan Azmin (PKNS), Azmin pengerusikan mesyuarat itu tapi ketika bincang, beliau keluar dan diambil alih orang lain," katanya lagi -SH-