t>

Breaking News

Sambutan Tahun Baru Dibatalkan Kerana Pentas Di Rempuh Pendemo Lapor BH.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta. 

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan


Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram.

Itulah yang dilaporkan oleh Berita Harian sebentar tadi. 

Lihat ;


Amboi. Masa BH update macam tue kat tv1 ada wartawan RTM sedang interview wartawan mereka di Dataran Merdeka. LIVE oke.

Ada je aku tengok kat belakang tue pentas. Tak nampak macam kena rempuh pun? Korang jangan main lapor benda2 mengarut weh. Kalau benda tue takde, cakap takde. Untuk rekod bagi sesiapa yang tidak tahu, beberapa no yang dimiliki oleh mereka2 yang terlibat perhimpunan bantah kenaikan kos sara hidup telah pun digodam. 

Rujuk ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/dataran-dirempuh-lapor-bernama-jangan.html

Bagaimana pun kita minta sesiapa yang ada rakaman bunga api meletup di Dataran Merdeka boleh sharekan video tersebut kat sini. BH melaporkan seolah2 sambutan bunga api = sambutan ambang tahun baru dibatalkan. Entah betul entah tidak. BH turut melaporkan ada peserta perhimpunan baling botol kat penyanyi. Agaknya penyanyi yang kena baling tue bongok kot. Kalau betul bagus juga. Tapi lebih baik tak betul la. Pihak2 sana akan cakap kita nak mencederakan orang la pula.

HAHAHAHA..