t>

Breaking News

Aksi Keganasan Pengurusan JDT - T-TEAM Lapor Polis.


Laporan polis yang tersebar di laman sosial bermula malam tadi.

Katanya ;

1. Kena tumbuk di muka

2. Kena tendang di kemaluan

Tapi dalam laporan yang tersebar tak pula dinyatakan perkara tersebut. Dimaklumkan juga sebenarnya ada 3 laporan yang berasingan. Satu mengenai ditumbuk. Satu mengenai ditendang. Satu mengenai diugut. Tapi yang tersebar cuma salah satu salinan dari 3 salinan report polis tersebut. 

Baca ;

PETALING JAYA: Seorang staf pasukan T-Team membuat laporan polis berikutan seorang pegawai dan pemain pasukan itu yang didakwa telah ditumbuk dan ditendang di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru pada Sabtu.

Laporan polis itu dibuat di Kuala Terengganu pada Ahad selepas pasukan T-Team tiba dari Johor tanpa menamatkan perlawanan menentang skuad JDT dalam pusingan kedua Piala FA.

Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.

"Manakala seorang jurulatih kecergasan iaitu Stefano Impagliazzo telah disepak di kemaluannya.

"Akibat kejadian itu, Elvaldo mengalami pendarahan di hidung dan Stefano mengalami kesakitan di kemaluannya," dakwa pegawai yang membuat laporan polis itu.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, JDT sedang mendahului 2-1 pada separuh masa pertama apabila pasukan T-Team membuat keputusan enggan meneruskan permainan ekoran kekecohan yang berlaku di terowong ke bilik persalinan itu.

T-Team kemudian bertindak meninggalkan stadium untuk terus pulang ke Kuala Terengganu.

Pegawai yang membuat laporan polis itu menjelaskan tujuannya hanyalah untuk menjaga keselamatan dan kepentingan pemain dan pasukan T-Team.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut. - MSTAR-