Kerajaan Bagi RM1,050 Tiap2 Bulan Kepada Pekerja Yang Bergaji Bawah RM3,000 Sebulan.
Tahu kah anda?
Ini syarat2nya kalau nak dapatkan RM1,050 sebulan dari kerajaan kita.
1. Gaji mesti berada di bawah rm3,000 sebulan.
2. Tinggal di kawasan bandar.
3. Merujuk kepada miskin bandar la kan.
4. Program ini akan dilancarkan pada April 2014. Nama program ini ialah Program Baucar Kerja. Inisiatif kerajaan untuk bantu mereka2 yang miskin dan memerlukan bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup yang mendadak di negara ini.
5. Ia di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia.
6. Pemilihan peserta adalah bersandarkan kepada ;
- Tersenarai dalam program E-Kasih.
- Mesti mempunyai pekerjaan sambilan. Kalau takde, tak boleh.
- Sasaran mereka ialah BEKAS PENAGIH DADAH, WARGA EMAS, MEREKA2 YANG TERCICIR DALAM PELAJARAN, BEKAS BANDUAN, OKU, ORANG ASLI.
- Jobs Malaysia yang akan lakukan pemilihan peserta dan proses saringan untuk menentukan siapa yang layak atau sebaliknya.
- Individu yang dirasakan layak akan dihubungi terus untuk diberikan bantuan baucar kerja ini.
7. Setakat neh 100 peserta yang layak telah pun dikenalpasti dan akan mula dibantu bermula April 2014.
Aku agak sedikit keliru dengan bantuan ini. Aku rasa program ini mensasarkan kepada individu2 yang buat 2 kerja sekaligus. Betul tak?
Pekerjaan pertama = kerja tetap.
Pekerjaan kedua = kerja sambilan.
So disebabkan ada buat kerja sambilan untuk tampung kenaikan kos sara hidup maka kerajaan rasa kerajaan perlu bantu mereka2 ini untuk meneruskan kehidupan, at least walaupun pendapatan kerja sambilan tak banyak mana boleh la ditampung dengan bantuan baucar kerja RM35 sehari, betul?
Ataupun memang sasarkan pada mereka2 yang ada kerja sambilan tanpa ambil peduli samada mereka ada pekerjaan tetap atau tidak? Aku keliru part neh aje disebabkan penerangan tak menyeluruh.
Pada aku la kan. Baik kerajaan sasarkan pada semua golongan aje. Tak perlu sempitkan skop pada penagih dadah, OKU, warga emas dan sebagainya. Caranya daripada bagi bantuan Baucar Kerja neh baik korang jangan pandai2 naikkan harga petrol dan sebagainya.
Ini ko naikkan harga petrol atas alasan nak jimatkan subsidi tetapi dalam waktu yang sama ko wujudkan subsidi yang baru. Apa halnya pula macam tue? Aku tak la kata bantuan demi bantuan yang kerajaan wujudkan neh tak bagus.
Bagi aku bagus juga jika benar niatnya nak membantu rakyat. Tapi macam tak kena pula bila ko mengabaikan kepentingan golongan pertengahan kat sini. Yang paling miskin ada bantuan. Yang paling kaya dah tentu2 takde kerunsingan pasal bantuan sebab dah kaya raya. Habis, yang golongan pertengahan macam mana? Nak beli rumah kos rendah tak layak, nak beli rumah kos serdahana pula tak wujud, nak beli rumah mampu milik pula makin mahal. Habis, kami neh macam mana? Aku rasa golongan pertengahan pun miskin juga. Mana layak dah nak dicopnya kami neh golongan pertengahan bila nak beli rumah sendiri pun tak mampu?
Ce citer.