Asal Usul Sambutan Hari Valentine Dari Sudut Sejarah..
Ada beberapa perkara yang ditekankan oleh penulis tersebut ;
1. Bahawa sambutan Valentine memang ada kaitan dengan penganut kristian.
2. Namun perkara tersebut bukan la berkaitan keagamaan.
3. Sebaliknya ia adalah sambutan berunsurkan bidaan = mengada2kan / menokok tambah perkara yang tiada dalam agama namun disambut / diraikan secara besar-besaran oleh mereka2 yang beragama kristian.
4. Oleh kerana ia mendapat sambutan dan permintaan dari orang ramai, gereja ketika itu meluluskan hari 14 Feb untuk meraikan jasa paderi Valentino di atas sikap konsistennya melawan pemerintah yang zalim = melarang pemuda dan pemudi berkahwin = berkahwin okay, bukan nya melarang berzina. Mengapa pula perkahwinan di anggap satu kesalahan? Nak paksa pemuda2 untuk terlibat dalam bidang ketenteraan sekalipun takan la sampai nak berkahwin pun jadi satu kesalahan? So paderi Valentino menentang perkara tersebut. Dia tetap kahwinkan pasangan macam biasa sebab penganut2 kristian juga menentang amalan seks bebas / seks di luar pernikahan so mereka kena berkahwin untuk dapatkan seks secara betul..
5. Sikap konsisten dan penentangan Valentino ini mendapat perhatian masyarakat. Dan dengan peredaran masa, jasa Valentino kemudian nya di iktirafkan bagi penganut2 kristian sebelum membentuk hari khusus untuk memperingati peristiwa tersebut.
6. Amalan tersebut kemudian nya berkembang di seluruh negara dengan kapitalis menjadikan hari tersebut untuk membuat perniagaan dan meraih keuntungan..
7. Apa yang ingin ditekankan ialah walaupun hari tersebut ada kaitan dengan penganut kristian, tetapi mereka sama sekali tidak menganjur membuat kemaksiatan sebagai salah satu cara untuk meraikan hari valentine.
Apabila orang Islam berbuat maksiat, ia bermaksud, orang Islam itu berbuat maksiat, ia tiada kaitan dengan ajaran mahupun penganut Kristian.
Satu artikel yang menarik.
Sila baca ;
Saban tahun, ramai pasangan bercinta diseluruh dunia menantikan tarikh ini untuk menyambutnya bagi menyemarakkan cinta antara mereka.
Pastinya, deretan kedai bunga menanti kunjungan mereka untuk dijual sebagai tanda hadiah istimewa untuk pasangan masing-masing. Bahkan pusat beli belah juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan kempen jualan menarik pengunjung sempena hari tersebut.
Begitu juga panggung wayang mungkin saja dipenuhi dengan pasangan kekasih bagi meluangkan masa kualiti bersama.
Akan tetapi penulis terperanjat apabila diberitahu bahawa ada yang percaya bahawa sambutan Hari Valentine boleh membawa kepada syirik! Itulah berita yang pernah dibaca penulis dahulu di Sinar Harian.
Apa yang juga menarik perhatian penulis adalah kenyataan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, dimana umat Islam yang menyambut Hari Valentine boleh membawa kepada syirik dan ditegah untuk menyambutnya. Larangan tersebut dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang melarang sambutan tersebut berdasarkan sejarah.
Di sini, penulis amat kesal cara penyampaian pesanan tersebut oleh pihak JAKIM dan Majlis Agama Islam lain yang kononnya “[r]oh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”
Inilah akibatnya apabila faktor budaya dan sejarah di sebalik Hari Valentine tidak diterangkan: ianya hanya kelihatan seolah-olah umat Kristian merayakan Hari Peringatan Santo Valentinus itu dengan perbuatan maksiat.
Hari pesta memperingati Santo Valentinus
Jelas, ramai di Malaysia yang tidak tahu apa yang disambut pada Hari Valentine. Hari tersebut sebenarnya disambut sebagai hari memperingati Santo Valentinus bagi masyarakat Katolik, Anglikan dan Orthodoks.
Bagi umat Katolik amnya, ‘Santo’ bagi lelaki dan ‘Santa’ bagi wanita merupakan “orang kudus” yang menyerahkan hidupnya bagi iman mereka. Teladan mereka menyerahkan nyawa untuk membela iman dan ajaran Yesus Kristus itu merupakan kesaksian yang sempurna akan pegangan iman mereka terhadap Kristus. Justeru umat gereja setempat dimana orang kudus itu berasal akan menghormatinya.
Kemudian cerita kekudusan para santo/santa ini tersebar meluas ke daerah dan negeri diluar tempat asal juga akan menghormatinya sehinggalah mendapat perhatian pihak Gereja. Oleh itu, pihak Gereja Katolik dibawah kepimpinan Paus (Pope) akan meluluskan dekri bagi meluluskan orang kudus tersebut diperingati gereja seluruh dunia dan meletakannya dalam senarai Kalendar Umum Gereja Katolik Roma.
Dengan itu, umat Katolik boleh mencontohi teladan hidup mereka serta memohon doa syafaat melalui santo/santa tersebut bagi permohonan mereka kepada Tuhan. Hari peringatan bagi setiap santo/santa disambut berdasarkan nama-nama gereja setempat dan atas keperluan umat Katolik dimana umat akan pergi ke upacara Misa Kudus dan berdoa kepada santo/santa tersebut. Ianya bukan wajib seperti Hari Natal (Christmas), Hari Jumaat Agung (Good Friday) dan Hari Paska (Easter).
Berbalik kepada kisah Santo Valentinus, beliau merupakan seorang paderi yang hidup dibawah kekuasaan pagan Roma ketika itu oleh Kaisar Claudius II (268-270) pada abad ke-3. Ketika itu kaisar menetapkan larangan pada pemuda untuk tidak berkahwin sebagai kempen kaisar untuk mendapatkan ramai tentera, larangan tersebut ditentang Santo Valentinus kerana bagi beliau perkahwinan adalah suatu panggilan hidup yang suci yang diputusakan berdasarkan kehendak bebas setiap orang dan bukannya dipaksa.
Meskipun dilarang, Santo Valentinus tetap menjalankan tugasnya sebagai paderi dan menikahkan para pemuda yang mahu berkahwin. Oleh itu, dia dihukum bunuh dan menjadi martir (shayid) bagi iman Kristiani beliau tentang ajaran perkahwinan.
Pada tahun 496 masihi, Paus Santo Gelasius mengeluarkan dekri untuk menghormati kemartiran Santo Valentinus pada tanggal 14Februari setiap tahun. Namun, Paus Paulus VI pada tahun 1969 telah menggugurkan tarikh tersebut bagi Santo Valentinus dari senarai Kalendar Umum kerana ingin memberi laluan terhadap mubaligh Santo Cyril dan Santo Methodius dari Greek.
Tetapi, Paus Paulus VI tidak melarang hari Santo Valentinus tersebut disambut di gereja-gereja setempat. Kini beliau dikenali sebagai santo pelindung pasangan yang bertunangan, perkahwinan, golongan belia, dan penderita epilepsi.
Faktor sambutan Hari Valentine
Faktor budaya “Valentine’s Day” sebagai perayaan cinta kasih sayang dikaitkan dengan berbagai teori. Antara teori yang boleh dikaitkan adalah keberanian Santo Valentinus sendiri yang bangkit menentang larangan Kaisar Klaudius yang melarang para pemuda berkahwin. Kisah beliau menikahkan pasangan muda-mudo dijadikan inspirasi bahawa pasangan muda-mudi yang jatuh cinta dan saling cinta-mencintai harus dihargai sebagai persiapan ke arah perkahwinan.
Faktor bulan Februari itu sendiri sebagai teori kedua di Eropah dimana negara 4 musim mulai beralih dari musim dingin ke musim bunga. Disinilah bilanya burung-burung dan haiwan-haiwan lainnya mulai mengawan.
Para belia dan orang muda pun mulai bertemu dengan teman-teman mereka seteleah musim dingin mereka hanya tinggal di rumah saja, tidak bergaul. Sebelum kurun 18, teknologi seperti elektrik, telepon dan internet belum ada. Justeru, amat wajarlah masa terluang tersebut dijadikan suasana kegembiraan berjumpa dan mengekpresikan kerinduan.
Teori yang popular adalah dikaitkan dengan kepercayaan bahawa burung berpasangan pada 14 Februari yang bertarikh daripada puisi cinta di dalam “Parlement of Foule” (1382) oleh karya Geoffrey Chaucer.
Kepercayaan ini dikaitkan dengan hari peringatan gereja ini, akhirnya membawa perkaitan untuk percintaan dan bercumbu (dating) yang terus mendominasi sehingga ke zaman sekarang. Gereja Katolik tidak pernah mengajar bahawa hari memperingati Santo Valentinus ini dikaitkan dengan percintaan semata-mata.
Banyak lagi sebab mengapa “Valentine’s Day” disambut. Namun yang pasti, latar belakang hari “Valentine’s Day itu yang berasal dari Eropah Barat amat berkait rapat dengan tradisi Kristian (Katolik).
Kesimpulan
Bagi penulis, hari “Valentine’s Day” sewajarnya tidak disambut dengan elemen-elemen yang boleh merosakkan diri dan masyarakat. Terpulanglah kepada individu masing-masing tentang bagaimana hari tersebut itu disambut. Namun yang pasti, kita tidak perlukan hari tersebut untuk meluahkan perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap seseorang.
Cinta, kasih dan sayang adalah sesuatu yang diluahkan pada setiap hari dan sudah tentu kita tidak memerlukan bunga mahupun cokelat untuknya. Semoga artikel ini dapat berkongsi sedikit sebanyak asal-usul hari “Valentine’s Day” yang sebenar.