#Kajangmove - Anwar Putar Alam Kata Lisa Adam..
Semakin mendekati tarikh PRK Kajang semakin banyak penulisan2 yang menghentam keputusan PKR untuk meletakkan Anwar sebagai MB Selangor. Terbaru dari pemerhati politik Lisa Adam. Tak pula diketahui dari mana si Lisa Adam neh tetiba muncul, tahu2 aje dia muncul untuk menzahirkan kritikan terbuka terhadap Anwar Ibrahim.
Aku takmo ulas panjang2 sangat isu Kajang movie neh err silap, Kajang move, cuma aku rasa, Anwar dan PKR perlu bersiap sedia untuk menjawab pelbagai persoalan demi persoalan yang semakin mengangu emosi rakyat Selangor lebih2 lagi bila kita dihebahkan dengan spekulasi jawatan timbalan menteri besar Selangor akan diwujudkan bagi memberikan laluan kepada Azmin Ali untuk menjawat jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.
Ada baiknya, PKR amek sedikit masa memerhatikan sentimen dan menyelesaikan sentimen tersebut dengan hujah2 yang menyakinkan pengundi2 di Kajang okay.
Baca ;
Semakin dekat dengan tarikh penamaan calon bagi PRK Kajang, Anwar Ibrahim jadi makin tak tentu hala.
Setiap kenyataan dan langkah yang diambil Anwar kebelakangan ini hanya lebih teruk dari yang sebelumnya.
Berapa lama lagi Anwar nak terus memperbodoh-bodohkan dirinya sendiri di mata umum?
Kalau macam ini, nampak gayanya BN tidak perlu bersungguh-sungguh melancarkan kempen bagi ‘melawan’ Anwar kerana Anwar dengan sendirinya membuka pekung di dada, dan sekiranya dinilai dengan teliti, setiap langkah yang diambil Anwar kini menyerlahkan lagi keterdesakannya untuk memenangi hati pengundi.
Kalau Anwar sendiri terumbang-ambing cuba mengatur gerak, apa lagi yang boleh dikatakan mengenai idea-idea penipu yang datang dari pakar-pakar strateginya? Hancur!
Dari kenyataan bahawa dia tidak akan bertanding di Kajang kepada jadi bertanding, dari tidak mahu jawatan Menteri Besar kepada mahu, selepas ini apa lagi?
Tidak penatkah Anwar dan jeneral-jeneral perangnya cuba menyuap para pengundi di Kajang dengan penipuan demi penipuan dan sebab-sebab yang makin lama semakin tidak munasabah dan gila?
Anwar dengan bangganya membawa masuk Muhammad Muhd Taib ke dalam kem perangnya dengan alasan pengalaman dan kebijaksanaan bekas Menteri Besar Selangor itu akan dapat membantunya menjana Selangor dari segala segi dengan lebih baik.
Restu PAS
Tetapi hakikatnya, jika benar Anwar mahu berbuat demikian untuk Selangor, dia boleh melakukannya tanpa perlu menyeret pengundi Kajang untuk terlibat sama.
Anwar adalah Penasihat Ekonomi Selangor! Kalau dengan jawatan sebegitu pun dia tidak mampu membantu Selangor, memang nampak sangatlah dia memang tidak ikhlas untuk membantu dan gila kuasa.
Mungkin apa yang sebenarnya Anwar mahu hanya supaya PAS ‘merestui’ serta menyokong cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar selepas PRK Kajang nanti.
Kerana itulah dia memilih untuk ‘bekerjasama’ dengan Muhammad Muhd Taib, individu sama yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah dalang di sebalik perletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor pada 1997.
Besar sangatkah pengaruh Muhammad Muhd Taib ini di dalam PAS sehingga PAS akan akur dengan kehendak Anwar?
Tidak mungkin PAS kekurangan pemimpin-pemimpin yang mempunyai lebih kredibiliti dan lebih senior berbanding bekas Menteri Besar ini yang diingati ramai hanya kerana kes membawa keluar wang berjuta-juta ke Australia.
Lagi pula, jika difikirkan secara logik, mengapa PAS mahu mengetengahkan pemimpin yang kurang bijak seperti Muhammad Muhammad Taib – dia tidak ‘speekee no Inggeris’ – sebagai ‘poster boy’ mereka?
MB paling sibuk
Dan sekiranya Anwar menjadi Menteri Besar, dia akan menjadi Menteri Besar yang paling sibuk dalam sejarah Malaysia.
Mahu tidak mahu Anwar harus turun ke Permatang Pauh meninjau kawasan, begitu juga dengan memenuhi jemputan untuk memberi ucapan serta syarahan ilmu di luar negara, maklum sajalah Anwar adalah pemimpin yang dihormati dan disegani di mata dunia.
Dengan kesibukannya itu, mampukah dia mengangkat Selangor ke tahap yang lebih baik? Atau tugas dan tanggungjawabnya nanti akan diserahkan kepada Azmin – orang kepercayaannya di dalam PKR?
Semakin besar kepalalah Azmin. Jangan nanti nak tengok batang hidung Menteri Besar pun payah, yang nampak hanya muka Azmin dan konco-konconya. Silap hari bulan, DAP dan PAS pun kena ambil nombor untuk bertemu Menteri Besar.
Sudah-sudahlah Anwar. Kalau terdesak sangat sekali pun, berapa ramai yang boleh percaya, ahli putar alam nak berganding dengan penyamun untuk ‘menyelamatkan’ Selangor dari dirampas oleh BN.
Bijak sangatlah strategi Ketua Umum PKR ini.
Lisa Adam adalah pemerhati politik tanahair.
Dan di link berikut pula ===> http://aspanaliasnet.blogspot.com/2014/02/khalid-ibrahim-dulu-dipuji-sekarang.html , adalah penulisan daripada blogger Aspan Alias. Boleh dikatakan isu kajangmove telah membuatkan penyokong2 PR sesama sendiri bersyak wasangka dan tidak bersatu padu seperti sebelumnya. PKR perlu lakukan sesuatu untuk selamatkan keadaan.