t>

Breaking News

Gambar2 Penyokong Pahang Kena Belasah Tersebar.

Biar betul korang neh beb? 

Cuba lihat gambar2 yang dikatakan penyokong2 JDT dan Pahang berlawan demi sebuah bola yang errr bola tue sendiri pun keliru kenapa manusia sanggup bergaduh gaduhan dan berbelasah-belasahan demi bola itu...

Baca ;





Gila betul. Apsal kekacauan dan kekecohan boleh tercetus di malam itu. Biasalah. Ada segelintir yang fanatik pasal bola. Kan bola boleh bawa makan tidur bagi duit dan sebagainya.

WAKAKAK..

Yang aku tertarik tue, TMJ tampil mengutuk dan memberikan amaran kepada geng2 JDT yang berbuat kekacauan pada malam itu. Errr.. bukan ke like a boss yang dorang tiru tue?

HAHAHA..

Baca ;

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengutuk keras, tindakan penyokongnya atau negeri-negeri lain yang membuat kekacauan dan bergaduh sesama sendiri.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, para penyokong yang terlibat dalam membuat kekacauan akan berdepan tindakan tegas.

Menurutnya, tindakan persengketaan dan provokasi sehingga menimbulkan kekecohan seperti itu bukan sahaja boleh memecah-belah bangsa Melayu, malah boleh dipandang rendah oleh bangsa lain.

“Segala persengketaan, provokasi dan hina-menghina ini tiada manfaatnya dan sekiranya diikutkan perasaan hasad dengki, tiada kesudahannya.

"Jangan terlalu mudah bangsa Melayu berpecah-belah, sehingga diperlekehkan oleh bangsa lain.

“Kepada para penyokong Johor dan negeri-negeri lain yang menjaga disiplin dan tingkah laku, syabas saya ucapkan kepada anda semua.

“Tetapi kepada penyokong Johor dan negeri-negeri lain yang membuat kekacauan, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat,” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers, di sini, semalam.

Tunku Ismail berkata, dalam semua penyokong memberi sokongan kepada pasukan masing-masing, sebaiknya mereka mengelak daripada terlibat dalam insiden pergaduhan sesama sendiri.

“Apa yang lebih penting, adalah para penyokong hendaklah memberi sokongan kepada pasukan masing-masing dan elakkan daripada bergaduh sesama sendiri, sesama umat Islam,” katanya.

Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Pahang dan mengharapkan JDT boleh berusaha lebih gigih untuk saingan perlawanan seterusnya.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Pahang. Kepada pasukan Johor, berusaha lebih gigih lagi pada masa akan datang,” katanya.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/tmj-kutuk-penyokong-cetus-kekecohan-1.248975

Memang nasihat dan tindakan oleh TMJ neh aku sokong. Cuma aku rasa TMJ pun kena belajar2 kawal kelakuan panas baran dia. Tengok, sampai penyokong2 pun dah terikut dan terpengaruh kan. Sama2 muhasabah diri la. Senang cakap. Bola tue sukan. Biasalah ahti kena keras, jiwa kena kental. Setakat troll tue benda biasa. Tapi jangan sampai rosakkan badan, sakitkan jiwa dan luka sana sini akibat bola. Dah tak cukup2 nak berperang pasal segala hal di dunia neh sampaikan bola yang sepatutnya memupuk semangat kesukanan dan tolenrasi yang tinggi pun nak jadikan alat untuk mencipta permusuhan sesama manusia? Di manakah kematangan akal fikiran kita?

Lue fikirlah sendiri. 


BTw, gambar kat bawah neh memang tepat setempek kena kat muka2 MELAYU di Johor dan Pahang yang kita kata mereka penyokong2 BN.. almaklumla, dok sembang kencang kutuk2 PR memecahbelahkan kaum melayu padahal tak sedar diri sendiri punya perangai lagi teruk macam hantu. Kena troll setempek korang. 

WAKAKAKA

PADAN MUKA..