t>

Breaking News

Erra Nafi Skandal Dengan Menteri Wilayah, Tengku Adnan.


Baru je disahkan single and available terus dikaitkan ada hubungan sulit dengan Tengku Adnan Mansor, menteri Wilayah.

Adoiyai.

Title janda memang membawa imej kontroversi kat negara neh. Pantang tengok janda keluar, berjumpa dengan orang berlainan jantina mesti dicop ada hubungan tertentu. Stigma masyarakat. Alahai.

Apa pun, ini penafian dari tuan punya badan..Harap2 betul la kenyataan ini. Jangan karang tetiba lepas 2,3 bulan tup2 keluar citer Erra kahwin menteri pula.

Artis pepaham le. Bukan semua kenyataan mereka tu jujur. Kadang2 sekadar bagi alasan untuk alih isu je.

Hahahaha.

Baca ;

Aktres terkenal tanahair, Erra Fazira menafikan mengenali secara rapat Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terkejut dengan perkara itu, Erra menyifatkan desas desus yang mengatakan hubungannya dengan Tengku Adnan itu hanya gosip semata-mata, lapor Berita Harian hari ini. "Tolong jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki hanya kerana dengar gosip. Saya tiada masa untuk berfoya-foya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut, bekas ratu cantik Malaysia menjelaskan beliau tiada masa untuk menjalin hubungan istimewa apatah lagi untuk diri sendiri juga tidak mencukupi. "Selalunya, Januari atau Febuari adalah masa untuk saya bawa kakitangan bercuti.

Namun, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat berbuat demikian. "Jadi, bila masa untuk saya jalin hubungan, sedangkan untuk diri sendiri pun saya tidak cukup masa?," kata Erra yang baru bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Febuari lalu.

 Laporan itu juga menyebut sejak bercerai, ini kali pertama Erra dikaitkan dengan lelaki lain. Berita Harian semalam melaporkan Tengku Adnan turut menafikan mempunyai hubungan dengan bintang filem Sembilu itu, bahkan menegaskan dirinya cukup bahagia dengan perkahwinan sekarang.