Isu Makan Ikan Sungai RM1,500 - Ini Penjelasan Dari Peniaga
Semalam kan, gambar pasal makan ikan kelah kecoh di fb.
Lihat ;
Gambar yang dikongsikan di laman fb, rujuk sini, berlegar2 di facebook dan mendatangkan pelbagai respon dari para pengguna media sosial.
Siap tertera dengan nama kedai dan sebagainya. Mungkin kerana bengang kerana orang sangka makanan kat kedai tue mahal, maka peniaga tersebut tampil memberikan penjelasan. Sebenarnya, gambar ini dikongsikan oleh salah seorang yang makan kat kedai tue. Bukannya ia tersebar sendiri. Tujuan dia kongsikan sebab nak bagitau makan kat kedai tersebut MAHAL.
Tapi tinjauan aku mendapati, ikan2 jenis neh memang mahal rupanya. Nak2 kalau di Pahang. Ada spesis yang dibela dan ada spesis yang liar. Itu sebab lain kali sebelum maka sila tanya harga betul2 dulu. Jangan dah lepas makan bila nak bayar banyak bunyi pula.
Haha.
Apa pun, menurut tuan punya kedai, pelanggan tersebut dah bersetuju pun dengan harga makanan tersebut sebelum mereka hidangkan makanan tersebut kepada pelanggan mereka.
Dah sudah. Ingatkan tatau harga. Rupanya dah tahu sebelum makan. Dah tue kenapa makan juga? Pandai makan pandai la bayar.
Haha..

“Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut. -SH=