t>

Breaking News

Ketua Pengarah DCA Halau Petugas Media Pula Dah..

 
Dari hari pertama lagi ketua pengarah DCA kita, Datuk Azharuddin kelihatan tertekan dengan insiden kehilangan MH370.
 
Dan dia semakin tertekan dari hari ke hari. Ia jelas kelihatan dalam semua sidang media yang mana memaparkan wajah dia secara jelas melalui kaca tv.
 
Dan nampaknya apa yang berlaku tadi adalah mungkin hampir kemuncak kepada tekanan yang dia alami.
 
Apakah dia akan meletak jawatan selepas insiden ini selesai? Aku tatau. Tapi tindakan meminta petugas media keluar walaupun secara gentleman dan berlapik serta menggunakan ayat yang sopan lagi manis sebenarnya tidak berapa tepat untuk dibuat.

Apakah DCA mahu menyorokkan sesuatu dari UMUM mengenai insiden kehilangan MH370?

Apakah DCA risau apabila keterangan2 mereka mengenai operasi MH370 dipersoalkan dan dipertikaikan oleh petugas media?

Apakah DCA mahu menyembunyikan beberapa fakta berkaitan kejadian?

Bukan kah tindakan DCA hanya mendatangkan lebih persoalan berbanding jawapan?
 
Baca ;
 
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu.
Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira selepas seminit berucap.

"Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?" katanya di hotel Sheraton Imperial dipetik daripada portal Mstar Online.
Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.

Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.

Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.

Beliau berkata, ketua pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.

"Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap)," katanya seperti dilapor Mstar Online.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.- TMI-