t>

Breaking News

Perompak Pun Simpati Mengenai Kehilangan #MH370.

Perompak tetap la perompak. Cuma dalam kes neh perompak tersebut ada ahti perut sikit. Agaknya dia pun baca juga pasal insiden kehilangan pesawat #MH370, itu yang membuatkan dia rasa simpati sikit kepada keluarga yang dia rompak baru2 neh.

Cuma, perompak tetap la perompak.

Kalau dia tak merompak lagi bagus dari merompak. 

Sudah la keluarga tersebut kehilangan anak tersayang yang taktahu berada dalam keadaan hidup ke mati ketika ini sekarang rumah family pula dimasuki perompak. Walaupun perompak tersebut tak jadi nak amek pasport yang dimiliki oleh keluarga tersebut tapi benda lain dia curi juga. Hish.. nak amek kesempatan la tue. Macam sengaja menyasarkan rumah tersebut jer..

HAHAHA..

Tadi di SH ;


Belum reda kesedihan berikutan kehilangan anaknya, Mohd Khairul Amri dalam tragedi MH370, Selamat Omar, sekali lagi diuji apabila rumahnya di Felda Bukit Mendi, di sini dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang awal pagi semalam.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Selamat, 60,  tidak ada di rumah kerana menginap di sebuah hotel ibu negara bagi menunggu  perkembangan misi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Hanya isterinya, Rosila Abu Samah, 50, dan anaknya, Kaiyisah Adibah, 8, yang baru pulang dari ibu negara petang Ahad lepas berada di rumah ketika kejadian.

Menurut Rosila, dia tersedar dari tidur apabila lampu bilik terpasang, dan terkejut bila melihat dua orang bertopeng berada di hadapannya.

“Salah seorang mengacukan parang ke arah saya menyuruh saya supaya senyap, dan meminta memberikan gelang dan anting-anting.

“Sementara seorang lagi menyelongkar almari baju untuk mencari barang berharga,” katanya kepada Sinar Harian.

Rosila berkata, kedua-dua penjenayah itu yang memecah masuk melalui tingkap biliknya itu menggeledah rumahnya hampir setengah jam dan turut melarikan beg tangannya yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank.

"Saya merayu supaya mereka tidak ambil pasport kami kerana bimbang akan menyukarkan urusan ke luar negara sekiranya terdapat sebarang perkembangan mengenai pesawat yang hilang itu di Perth, Australia.

Katanya, mereka turut mengambil beberapa kad bank, kad pengenalan dan dua telefon bimbit tetapi memulangkan kad Maybank, lesen memandu dan pasport. -SH-