t>

Breaking News

Laporan Audit - Peralatan Hospital RM2.58juta Hilang!!!

Ini ada satu lagi berita yang menyakitkan ahti. 


Boleh pula hilang ek? Takan jatuh dalam laut kot? Bukan kecik anak2 nilai barangan yang hilang. Makan juta tue. RM2.58juta untuk 482 peralatan.

WOW..

Sudahla hilang satu hal (status gagal dikesan). Bayar pula yuran ke atas barangan yang tak dapat dikesan statusnya. Lagi la buang duit.

Yang pelik SOP nya dah ada. Barangan yang tak dapat dikesan dalam masa 30 hari sepatutnya dibuat status pelupusan bagi menghentikan caj yurannya. Tapi ini apa punya standard la penjawat2 awam yang langsung tak reti bab SOP.

Dah la hilang satu hal. Tak buat laporan lagi. Lepas tue biar aje duit mengalir keluar bayar benda2 yang tak sepatutnya dibayar. BONGOK BETUL.

Dan ya, yang cuai dan lalai mana boleh didakwa kan? Makin besar kepala la dorang dengan perangai cuai dan lalai tue.

Baca ;

Sebanyak 482 peralatan yang bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor (HTAR) dan Hospital Tunku Fauziah Kangar, Perlis (HTF) telah dikategorikan sebagai kehilangan aset (V4L) atau peralatan tiada di lokasi.  

Laporan Ketua Audit Negara 2013 tidak dapat mengesahkan status peralatan tersebut kerana tiada daftar diselenggara bagi memantau peralatan V4L.

Penemuan Audit di bawah Pengurusan Perkhidmatan Kejuruteraan Peralatan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati di HTAR sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L dan baki 419 peralatan tidak dapat disahkan status yurannya. 

"Didapati daftar pergerakan harta modal KEW.PA-6 tidak diselenggara dengan sempurna di semua lokasi yang dilawati menyebabkan peralatan sukar untuk dikesan dan sebahagian peralatan tidak dijumpai sejak tahun 1998," jelas Ketua Audit Negara. 

Semakan lanjut terhadap 26 peralatan V4L yang masih dibayar di HTAR  mendapati Notis Untuk Mula/Tamat Perkhidmatan (SNF) telah dikeluarkan bagi 12 peralatan.

Bagaimanapun, bayaran yuran bagi peralatan tersebut masih diteruskan dan jumlah yuran lebih dibayar bagi peralatan berkenaan dalam tempoh antara 8 hingga 38 bulan ialah RM4,497. 

Manakala pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada SNF telah dikeluarkan untuk 14 peralatan V4L kerana tiada salinan SNF dikemukakan untuk semakan. 

Berdasarkan sejarah penyenggaraan di CMIS, penyenggaraan terakhir  dilaksanakan bagi 14 peralatan tersebut di antara bulan Jun 2006 hingga  Disember 2012 melibatkan yuran lebih dibayar berjumlah RM4,849.

Pada pendapat Audit, pihak Kementerian perlu membuat Laporan Awal dan  Laporan Polis setelah peralatan yang dilaporkan sebagai V4L tidak dapat dikesan selepas tempoh 30 hari seperti yang telah ditetapkan.

Selain itu, pihak Kementerian juga perlu memastikan SNF dikeluarkan bagi peralatan yang terlibat untuk menghentikan pembayaran yuran peralatan tersebut. 

Pihak Kementerian hendaklah menyelenggara daftar bagi peralatan V4L dan  seterusnya sentiasa mengemas kini senarai induk peralatan bagi memudahkan pemantauan dibuat. 

Mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejurteraan (BPKj) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2008, aset yang tidak dijumpai semasa penyenggaraan dilaksanakan oleh syarikat konsesi, pengguna (user) hendaklah mencari aset tersebut dalam tempoh 30 hari. 

Sekiranya aset tidak dijumpai selepas 30 hari, pengguna hendaklah memaklumkan kepada pegawai aset untuk tindakan pelaporan kehilangan dan hapus kira mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007. -HD-