Pencarian #MH370 Di Lautan Hindi Huru Hara - Jika Tidak Terhempas Di Lautan Hindi Buat Apa Cari Disitu?
Tak terhempas di lautan hindi.
Hanya berakhir di lautan hindi.
Merujuk kepada isyarat akhir yang dikesan ia berada di lautan hindi.
Tapi tak terhempas di lautan hindi. Hanya berakhir di lautan hindi. Yang pelik bin ajaibnya, sudah la tak terhempas tetapi media tak henti2 dok salur ucapan takziah. Semua media termasuklah Astro dan tv3 sekali.
Dan, Hishammudin siap beria2 nangis lagi tue.
Pelik tak korang semua?
Point penting.
1. Inmarsat laporan signal terakhir di kesan berada di lautan hindi.
2. Tapi Najib laporkan ia berakhir di lautan hindi.
3. Namun bukan pula terhempas.
4. Dan semua aset ketenteraan dari 21 buah negara di kerah ke situ.
5. Kalau cuma isyarat akhir aje dikesan berada disitu buat apa kerah semua orang pergi mencari di lautan hindi?
Aku rasa bukan aku aje pening. Menteri2 kita juga percaya memeningkan masyarakat antarabangsa. Tahniah la ek. Satu dunia huru hara dek kenyataan Najib.
HAHAHA..
KUALA LUMPUR: Lemahnya koordinasi di kalangan negara-negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 telah menyebabkan pihak terlibat tersilap mencari di kawasan yang salah di Lautan Hindi, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Lapor WSJ, ini terjadi berikutan kumpulan penyiasat dan pakar-pakar antarabangsa telah menjalankan siasatan secara berasingan untuk mengesan lokasi di mana pesawat berkemungkinan jatuh.
WSJ yang memetik dua sumber yang dikatakan ada kaitan dengan operasi pencarian berkata, kegagalan koordinasi mengambil tindakan pantas, menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan kaedah penyampaian maklumat kepada negara-negara terbabit.
Sedang sebuah pasukan menganggarkan kelajuan dan jumlah minyak yang digunakan oleh pesawat berdasarkan data radar dan prestasi pesawat, pasukan yang lain mengambil masa berhari-hari untuk meneliti data satelit, kata sumber itu.
Lokasi pencarian akhirnya diubah pada Jumaat lalu hanya selepas pihak berkuasa mengaitkan dua hasil siasatan terbabit.
“Hasil siasatan mendapat maklumat yang kredibel mengenai laluan dan lokasi pesawat berkemungkinan terhempas di perairan Australia,” kata Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan kepada WSJ.
Sumber juga mengatakan pencarian adalah ‘satu proses mengambil masa dan pegawai penyiasat telahpun berkongsi maklumat dengan negara-negara terlibat’.
“Namun pihak berkuasa Malaysia tidak merasakan adalah peranannya untuk memastikan pakar-pakar antarabangsa ini berkongsi maklumat sesama mereka,” satu sumber memaklumkan kepada WSJ.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Astro Awani.