t>

Breaking News

Rupa2nya Penjihad Yang Kena Tangkap Dengan PDRM Dan Dilabel Militan.

Nanti dulu.

 
Seseorang yang dilahirkan di negara ini yang pergi ke luar negara untuk berjihad dan bantu pejuang2 rakyat di negara lain bebaskan diri daripada kezaliman kita biasa panggil depa apa?

Pejuang? Penjihad? Pengkhianat? Militan? Pengganas?

Pihak polis mengesahkan 10 individu yang ditahan baru2 ini adalah mereka2 yang nak ke Syria untuk berjuang dan berjihad. Dan pihak polis juga mengesahkan akan ada lebih banyak tangkapan demi tangkapan yang akan dibuat bagi mendakwa pihak2 yang mahu pergi ke Syria untuk berjihad ini.

Nanti dulu.

Sejak bila polis ada kuasa untuk campur tangan dalam urusan peribadi kita?

Nak berjihad atau tidak mahu berjihad. Nak berjuang atau tidak mahu berjuang. Itu adalah urusan peribadi kita, betul tak?

Jika orang tue nak p Syria untuk berjuang, lantak p la dia.

Bukannya dia buat keganasan pun kat negara neh yang sampai polis perlu tangkap, siasat dan dakwa.

Yang aku rasa sangat sangat sangat tak patut tue ialah bila ;

1. Sekumpulan individu yang nak berjuang dilabel pengganas aka militan.

2. Mereka tak terbukti melakukan keganasan dalam negara namun ditahan, disiasat dan didakwa di bawah akta terlibat dalam keganasan. Ini logik ke?

Ya, mereka jalani latihan ketenteraan, latihan menggunakan senjata api. Namun itu tak menjadikan mereka penjahat.

Tujuan latihan itu dibuat adalah sebagai persediaan sebelum mereka ke Syria bersama2 pasukan pejuang2 rakyat yang mahu bebaskan diri dari rejim Basyar-Al-Assad. 

Namun apa yang PDRM sebut dalam kenyataan media mereka? Rujuk sini untuk bacaan penuh.

Kumpulan ini dipercayai merancang dalam melakukan keganasan dalam dan luar negara. Aik. Tapi apa yang akhbar laporkan adalah berbeza. Jika akhbar sedang melaporkan fitnah kenapa PDRM tak siasat Utusan sebab tampilkan cerita yang berbeza dari statement PDRM?

Baca ;

Pada 28 April lalu, akhbar melaporkan satu kumpulan militan yang mirip dengan pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) serta berselindung di sebalik misi kemanusiaan terbongkar apabila polis menahan sembilan anggota kumpulan itu termasuk ketuanya dalam beberapa serbuan di Sela­ngor dan Kedah. Kesemua suspek berusia 22 hingga 55 tahun itu dikatakan bersiap sedia untuk 'berjihad' di negara- negara bergolak.

Pada keesokannya, seorang lagi suspek yang merupakan seorang wanita ditahan menjadikan jumlah tangkapan setakat ini, seramai 10 orang. Utusan Malaysia turut mendedahkan kegiatan seorang 'ustaz' dan bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada tahun 90-an, yang dipercayai kini berada di Syria untuk 'berjihad'.

Sementara itu, sumber kese­lamatan memberitahu, bekas pemuzik terbabit sudah lama menjalani latihan dan teknik pe­perangan penggunaan senjata api di kawasan terpencil. Katanya, bekas pemuzik itu dan anggota militan lain menjalani latihan secara rahsia di lokasi-lokasi tersembunyi bagi mengelakkan ia dikesan oleh pihak berkuasa.

"Siasatan mendapati kawasan hutan di beberapa negeri menjadi pilihan untuk mereka menjalani latihan tersebut dalam usaha mempersiapkan diri bagi berjihad di luar negara," kata sumber itu ketika dihubungi.
Rujukan : sini 
Ai PDRM. Takan orang pergi berjihad pun salah kat negara neh?

HAHAHA..