t>

Breaking News

Berita Asing Lapor Kes Gadis Dirogol 38 Lelaki.

Mereka mesti nak tengok apa tindakan yang negara kita ambil untuk selesaikan kes neh. Korang tengok ek. Persepsi negatif mesti timbul punya jika kita gagal selesaikan kes neh ikut ruang keadilan yang sepatutnya. Nak tahu sebab apa?

1. Malaysia = negara yang baru aje melepasi kontroversi isu #MH370.

2. Malaysia = negara yang majoritinya penganut Islam.

Oleh kerana negara kita kecoh dan jadi popular tak pasal2 disebabkan insiden #MH370 maka tak aneh la kenapa berita rogol melampau ini jadi perhatian media antarabangsa.

Kes berlaku di Kelantan. Tempat PAS memerintah. Lagi haru kalau ada pihak2 yang cuba mengaitkan islam dengan kes jenayah tersebut.

Baca ;



Berita seorang gadis 15 tahun dirogol oleh 38 lelaki kini menjadi bahan bacaan antarabangsa apabila disiarkan oleh laman Al-Jazeera hari ini.
Menurut Al-Jazeera, agensi berita Reuters memetik laporan media tempatan tentang peristiwa tersebut. Kejadian itu berlaku apabila seorang gadis dipujuk memasuki sebuah rumah kosong yang menjadi tempat penagihan dadah di Kelantan 20 Mei lalu.

Semua lelaki itu bergilir-gilir merogol gadis itu. Polis juga menyiasat sama ada rakannya yang berusia 17 tahun juga dirogol. Sehingga kini polis menahan 13 lelaki dan sedang memburu yang lain. Hampir semua lelaki itu positif dadah dalam ujian air kencing mereka.
"Apa yang mengecewakan saya adalah tidak ada seorang pun dari kampung itu mengesyaki apa-apa sedangkan rumah terdekat dengan rumah kosong itu hanya 20 meter sahaja," kata Ketua Polis Daerah Azham Othman, lapor Al Jazeera memetik sumber The Star.
Malam semalam, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal. Ekoran kejadian ganas yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini, pemimpin Islam termasuk dari PAS berhujah aktiviti jenayah yang berlaku disebabkan "kelemahan undang-undang buatan manusia".
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kes tersebut membuktikan penjenayah tidak gentar atau gerun terhadap sistem perundangan yang ada.
"Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti daripada terus meningkat," katanya dalam satu  kenyataan. – TMI -