JAKIM Sedia Makan Coklat Cadbury Untuk Bukti Ia Halal.
Tue diaa..
Sanggup makan coklat untuk buktikan pada pengguna tue. Aku sebenarnya tertarik dengan kesungguhan JAKIM dalam menyelesaikan kemelut coklat babi neh. Sangat sangat sangat berusaha keras untuk buktikan pada umat Islam bahawa coklat tue halal.
Tapi yang aku pelik dalam waktu yang sama JAKIM tak pula melawan benda yang dah tentu2 haram macam ;
1. Amalan riba
2. Kasino
3. Pusat hiburan
4. Arak dijual secara terbuka
Itu tak masuk lagi bab rakyat ditindas oleh pemimpin zalim. Kegiatan rasuah pun depa tak tegur. Salah guna agama demi mencapai tujuan politik pun depa tak tegur. Fitnah yang disebarkan oleh pemimpin2 pun depa buat derk. Yang guna duit zakat untuk bayar kos guaman lepas tue kantoi dan dia bayar balik duit tersebut pun ada tau.
WAKAKAKA..
JAKIM.. JAKIM..
Demi coklat Cadbury, beria2 korang bekerja keras demi mendapatkan keyakinan rakyat ye? Tapi kalau demi membetulkan salah faham dalam perundangan Islam, hudud, JANGAN HARAP la kan?
HAHAHAHAAH...
Sejujurnya. Aku tak menolak kemungkinan yang coklat Cadbury dah benar2 halal dan bebas dari unsur2 yang meragukan. Siyes aku tak tolak kemungkinan tersebut memandangkan dorang pun ada kakitangan muslim dan pegawai2 pemantau dan QC line yang bertugas untuk pantau bahan2 yang masuk bagi pembuatan coklat. Bukan sahaja halal bahkan bersih.
Tapi yang buat aku rasa benda neh mengarut sangat bila JAKIM sanggup bermati2 mempertahankan kehalalan coklat tersebut = bekap geng2 sendiri aka kapitalis tetapi tak sanggup buat benda yang sama bila ia babitkan keadilan, penindasan dan kefahaman mengenai undang2 Islam.
Lue fikirlah sendiri.
Baca ;

Para pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan kesediaan untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halal produk berkenaan.
Laporan laman Astro Awani menyebut, pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata ia bagi menunjukkan bahawa jabatan itu berpegang kepada keputusan yang dikeluarkan semalam.
"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.
"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.
"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani pagi ini.
Tambahnya, keputusan itu berdasarkan hasil ujian Jabatan Kimia yang tidak menemui sebarang DNA babi dalam dua jenis produk terbabit.
"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak Jakim hanya menggunakan makmal Jabatan Kimia yang dibenarkan sahaja.
"Standard dan prosedur yang Jakim gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya. -MKINI-