t>

Breaking News

Penjelasan Kenapa Pegawai JPJ Menyebabkan Penunggang Motorsikal Koma.

Ini mereka kata. 



Ada orang kata pegawai JPJ lempar besi.

Ada pula yang kata lempar kon.

Aku pun tak pasti dia lempar apa.

Kes merujuk kepada insiden kat bawah neh ;


Gambar kat atas neh viral di media sosial semalam. Aku cari pemilik fb Aliff othaman. Tak jumpa. Pemilik fb Adzhar Razak pun tak jumpa. Jadi aku tak boleh nak verify jalan cerita dari kedua2 belah pihak. Hanya berpandukan apa yang pengguna media sosial sebarkan aje.

Kata dorang ;

1. Budak yang koma tue telah merempuh sekatan jalanraya.

2. Dia hampir melanggar seorang pegawai yang sedang menjalankan operasi ketika itu.

3. Maka tindakan refleks anggota yang rasa berang akibat cubaan melanggar tadinya tue ialah dengan melemparkan sesuatu ke arah penungang tersebut.

4. Balingan tersebut kena. Budak tersebut accident. Dan sekarang sedang koma.

5. Kes neh menyebabkan pengguna media sosial bertelagah. Siapa yang betul. Siapa yang salah.

6. Ada yang backup anggota tersebut. Ini soal ancaman. Maka tindakan balas itu boleh difahami.

7. Ada yang backup penunggang motorsikal itu. Ini soal nyawa. Kalau nak saman sangat catit no plat sudah.

8. Ada yang tak backup mana2. Bagi mereka semua yang terbabit salah.

Aku rasa pelanggar2 peraturan jalanraya terutamanya mat2 motor neh perlu diajar untuk faham seperkara mengenai saman. Jangan takut dengan saman. Tak kira la korang ada lesen ke takde lesen ke. Underage ke ataupun bukan. Tak perlu nak langgar mana2 sekatan jalanraya dan tak perlu nak risau apa2 mengenai nyawa masing2. Mungkin niat nak langgar sekatan jalanraya aje. Taknak sangat kena saman. Tapi kadangkala niat kita tersasar dan kita mungkin menyebabkan kehilangan nyawa. Jika tak mati pegawai JPJ maka penunggang pula yang mati akibat terkena balingan. Adakah itu wajar? 

Saman bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Act like a boss la bila terima saman dan hadir ke mahkamah untuk proses seterusnya. Baca sini.

Nak bayar atau taknak bayar terpulang pada diri masing2. Tapi jangan sampai disebabkan saman kita main2 dengan nyawa orang ataupun nyawa diri sendiri. Langgar sekatan jalanraya kononnya. Langgar punya langgar katakanla kita lepas balingan pegawai silap2 nak elak dari balingan anggota penguatkuasa kita tak tumpu apa yang ada kat depan kita. Kalau kat depan kita tue lori macam mana? Tak ke accident juga kita nanti?

Untuk penguatkuasa jalanraya pula. Kalau boleh jangan ada tindakan refleks baling kon ke apa ke. Tak dinafikan yang anggota bertindak sebab nyawa terancam. Tapi kalau masa tue dah selamat semua, jangan la baling2 kon. Nak lebih padu install aje kamera sementara semasa sekatan jalanraya diadakan. Maka kat situ korang boleh rakam mana2 pihak yang langgar sekatan jalanraya. Itu boleh dijadikan bukti dan hujah bagi melakukan proses dakwaan seterusnya.

Nyawa pelanggar undang2 ke.
Nyawa pegawai2 penguatkuasa ke.
Masing2 ada satu nyawa aje kat dunia neh. So hargaila.

Kbai.