t>

Breaking News

Siap Sedia - Polis Buru Pemilik Saman Tertunggak Kaw2 - Nak Elak Bayar Saman? Baca Ini.




Polis baru aje umumkan yang mereka telah melancarkan OPS WARTA. Sekatan jalanraya akan dilakukan di seluruh Malaysia bagi mengesan pesalah2 traffic yang belum lagi melangsaikan saman2 tertunggak mereka. Polis akan menumpukan usaha mencari pesalah traffic berpandukan no plat terlebih dahulu. Agak2 kenderaan korang memiliki saman tertunggak kena tahan la jawabnya.

Namun. Suka diingatkan. Polis juga mengumumkan bahawa SEKATAN JALANRAYA ialah salah satu kaedah yang akan digunakan oleh pihak polis bagi mengesan pesalah2 traffic tersebut. Ini bermaksud polis juga berkemungkinan pergi serbu rumah ke rumah untuk mendapatkan pesalah2 traffic. Tumpuan polis kali neh ialah pemilik2 saman tertunggak yang dianggarkan sebanyak 1.9juta notis saman. Nilai wang tatau. Jumlah notis saman 1.9juta. 

Cari pemilik saman satu hal.
Polis juga akan mengeluarkan saman baru kepada pemilik2 kenderaan yang didapati melanggar peraturan keselamatan jalanraya. Samada korang pemilik saman tertunggak ataupun tidak saman tetap saman. 

HAHAHA..

Sapa ada saman tue siap sedia la korang.

Cakap pasal saman neh. Aku nak sharekan satu cerita dari kawan aku yang pernah kena saman dan dia lepas walaupun tak bayar saman. Dia ada saman tertunggak dan juga saman baru. Kena saman akibat kenderaan takde roadtax.

Cerita dia macam neh.

1. Mula2 dia kena saman. Dan saman tersebut jadi saman tertunggak sebab dia abaikan notis saman tersebut.

2. Kemudiannya. Dia kena saman lagi. Jadi dia ada satu saman baru. Dan satu saman tertunggak.

3. Berpandukan kepada saman baru, dia turun p mahkamah. Kalau kita turun p mahkamah, ikut undang2 itu namanya ko serah diri. Dan disebabkan ada saman tertunggak tadinya tue maka dia bicara ikut dua saman sekaligus. Satu yang tertunggak. Satu yang baru. Kalau ko ada saman tertunggak aje takde saman baru yang tue aku tak sure macam mana. Sebab neh aku citer balik berpandukan kawan aku punya pengalaman aje.

4. Jika taknak melalui proses perbicaraan maka ko kena la bayar kompoaun.

5. Kompoun neh pula tertakluk kepada jenis2 kesalahan yang ko langgar juga.

6. Ada sesetengah kesalahan takde kompoun. Ko kena terus p mahkamah untuk lalui proses bicara then baru ditentukan berapa banyak ko kena bayar.

7. Jika ko nak lalui proses perbicaraan maka ko akan dibicara secara berkumpulan. Orang kata open judgement la.

8. Masa tue kalau ko nak merayu cakap takde duit nak bayar kesemua saman2 ke apa ke ko kena cakap terus terang. 

9. Hakim mungkin akan bersikap murah ahti dengan kurangkan kadar kompoun ko. Ataupun mungkin hakim naik menyampah tengok muka ko yang mendayu2 nagis takde duit nak bayar saman tapi pakai kereta mahal mampu pula maka hakim naikkan pula kadar kompoun ko ke peringkat paling maksimum. HAHAHA..

10. Masa dia kemukakan penghujahan terakhir ko kena dengar dengan teliti.

11. Anda dikenakan denda sebanyak blablaball.. ataupun jika tidak bayar maka kena penjara sehari.. blablaba...

12. Diam dan tunduk tanda faham dan setuju.

13. Jangan merepek depan hakim okay saya taknak bayar saman. Lokap pun lokap la. Jangan buat macam tue okay.

14. Lepas dah habis bicara polis akan tunggu kat luar.

15. Masa tue la urusan pembayaran denda akan berlaku. Kalau nak bayar boleh terus bayar.

16. Jika taknak bayar denda pertama = duit maka ko akan terikat dengan denda kedua = lokap. Ko boleh bagi alasan ko takde duit langsung nak bayar saman. Maka polis akan bawa ko ke lokap mahkamah.

17. Kalau kena lokap sehari lebih kurang 8 jam dalam lokap mahkamah. Bukan lokap balai polis tau. Ikut office hour.

18. Dalam lokap mahkamah ko siap boleh bawa hp dan surf internet. Makan pun boleh oi.

19. Anggap la ko sedang bercuti riang ria di lokap merasai pengalaman sebagai seseorang penjenayah. HAHAHA..

20. Kalau ko kena denda 24 jam lain pula citernya. Tolak rehat lebih kurang ko boleh la balik selepas beberapa jam dilokapkan.

21. Itu pasal ko kena dengar betul2 proses penghakiman akhir ko.

22. Silap2 ko kena penjara seminggu pula kalau ko enggan bayar saman.

23. Menangis tak berlagu la ko dalam lokap tue nanti. Kalau setakat sehari ataupun 24 jam ataupun 48 jam aku rasa kebanyakkan orang boleh tahan. Ye tak?

24. Daripada bayar saman beratus2 dok dalam lokap pun okay juga. HAHAHA..

Ini bagi rakyat yang rasa dorang memang HARAM nak bayar saman. Boleh buat ikut pengalaman kawan aku neh. Kalau rasa nak buat la. Kalau taknak buat bayar je la saman tue. Kalau taknak juga bayar saman hah jangan langgar peraturan jalanraya. Habis citer.

HAHAHA..

Rujukan : sini