t>

Breaking News

Peringatan Untuk Ibu Bapa - Awasi Anak Masing2!


Musim di mana penjenayah tak peduli pun jika tindakan mereka akan membahayakan dan membunuh nyawa kanak2 yang tidak berdosa. Yang dorang tahu janji dapat melakukan jenayah untuk penuhi tujuan dan keperluan mereka. Mangsa mati ke, tercedera ke apa ke dorang peduli hapa.

Itu yang penting bagi ibu bapa, penjaga ataupun pihak2 yang bawa budak2 keluar untuk menjadi lebih bertanggungjawab. Insiden di atas merujuk kepada kelalaian bapanya sendiri. Tapi benda yang dah berlaku neh kita jangan pula maki2 bapa dia. Dah selamat semuanya. Cuma kita perlu mengambil iktibar agar perkara yang sama tak berlaku kepada kita pula.

Apa yang perlu kita belajar dari kes neh ialah ;

1. Matikan enjin. Walaupun dimana pun kita berada, even berdiri depan kereta pun perlu matikan enjin, pegang kunci betul2. Dalam banyak kes, penjenayah study dulu patern kita. Maksudnya depa check macam mana kita parking kereta, macam mana kita isi minyak dan semua2nya. Cuma kita aje la yang tak perasan sebab tak peduli pun kenderaan tue follow pergerakkan kita dalam 3,4 hari. Busy fikir benda lain dalam kepala hotak masing2 kan.

2. Anak2 jangan dibiarkan dalam kereta walaupun sekejap tanpa penjagaan orang dewasa. Matikan enjin, bawa kunci, budak2 kalau dibiarkan dalam kenderaan mesti bersama orang dewasa dan pastikan suruh dorang kunci pintu kereta dari dalam. Nampak macam remeh. Tapi percayalah. Benda2 remeh inila yang menyebabkan kita lebih selamat dan sukar didekati oleh penjenayah.

3. Kalau nak pergi tandas ke apa ke jangan la sesekali tinggalkan anak2 dalam kereta. Yang neh dah banyak kali aku nampak. Sampai aku saja duduk sekejap kat situ untuk perhatikan budak2 yang ditinggalkan dalam kereta. Ada banyak kali. Kereta ditinggalkan. Memang la enjin mati. Tapi kunci kat kereta. Pintu terbuka. Memang la depan tandas station minyak, tapi dalam tue semua budak2. Kalau kena culik ke, kena langgar ke, dorang keluar ke macam mana? Budak2 neh lain. Tak macam kita. Kita yelah reti nak fikir. Budak2 neh cenderung main aje. Kita nak marah pun susah dah namanya budak2 kan. Kita la yang patut menjadi lebih bertanggungjawab bila cakap pasal keselamatan anak2.

4. Kita cuai satu hal. Tapi dalam waktu yang sama kita didik pula anak2 kita. Soal keselamatan dorang, dorang pun perlu faham. Kena ajar dorang supaya dorang tahu nak bertindak bila hadapi sesuatu bahaya. Contohnya, ibu lupa kunci pintu. Anak2 cepat kunci sebab dah diajar tentangnya. Ibu lupa keluarkan kunci dari kereta, anak2 cepat keluarkan kunci, simpan dan kunci kereta. Hah, yang neh pun penting juga. Jika sesiapa suruh buka kereta, jangan buka. Jangan layan sesiapa yang tegur. Tak dinafikan, ada yang tegur tue orang yang baik2 tapi takpela, di zaman sesiapa sahaja boleh menjadi penjenayah, kita nak menyombong pun tak salah. Ini untuk keselamatan juga.

5. Dan please la, jangan keluar2 kereta tengok hp. Yang neh ramai gak yang aku nampak. Dalam kereta, hp. Keluar kereta, hp. Dalam mall, hp. Luar mall, hp. Dalam rumah hp. Segala2nya hp. Tahu la hp penting. Tapi takan setiap masa hp kot. Gila ah. 

Ingatla. Anak2 tanggungjawab kita. Pandai lahirkan, kena la pandai2 jaga. Memang la mudah bercakap. Yang mati anak aku bukan anak ko. Ko bukan sedih macam yang aku rasa. Tapi masyarakat tak kejam sampai macam tue okay. Walaupun yang mati tue anak orang lain, masyarakat juga rasa marah dan sakit ahti bila kematian melibatkan anak2 kecil yang berdosa. Masyarakat berhak rasa marah pada ibu bapa yang lalai dan cuai. Ko tak hidup secara sendirian kat dunia neh. Suka tak suka ko akan sentiasa berhadapan dengan masyarakat yang akan peduli bila ia babitkan kebajikan anak2 kecil. Terimala. Kita masyarakat beranggapan anak2 aku dan anak2 orang ialah anak2 kita bersama. Jadi masyarakat memang akan memastikan tanggungjawab menjaga keselamatan anak2 ialah tugas utama ibu bapa dan para penjaga.

Fikir2kanla ek.

Bai.