ISIL Bagi Amaran Akan Musnahkan Kaabah.
Bukan part batu yang aku selalu fikirkan. Tapi bab bagaimana Arab Saudi membina jaringan keuntungan dengan menjual kaabah. Bukan hanya Arab Saudi. Bahkah negara2 islam yang lain termasukla Malaysia. Kos pergi balik haji kian meningkat bukan atas faktor kos sara hidup yang semakin tinggi semata2. Bahkan ia melibatkan satu sistem kapitalis yang besar sebenarnya. Seseorang yang nak pergi haji atau umrah, mereka buat bisnes ke atasnya.
Ini yang aku selalu fikirkan.
Baca ;
Militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) merancang untuk menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah, lapor media Turki.
Seorang ahli Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis), Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana.
"Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah.
"Mereka ke Mekah untuk menyentuh batu dan bukan kerana Allah," lapor India Today memetik sumber berkenaan.
Isil pada Isnin mengisytiharkan penubuhan 'kerajaan khalifah Islam' di kawasan yang ditawan ketika tentera Iraq melancarkan operasi menawan semula bandar Tikrit, lapor AFP.
Dalam rakaman audio yang disebarkan melalui Internet, Isil turut mengangkat ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah dan pemimpin umat Islam di seluruh dunia.
Melalui pengumuman itu, Isil mendakwa, kerajaan baharu itu terbentuk dari Aleppo di utara Syria sehingga ke Diyala, dua wilayah yang masih dikuasai oleh militan tersebut, lapor agensi berita itu. -TMI-