Zoo Negara - Neraka Dunia Bagi Haiwan.
100% aku sokong apa yang dia sebut. Kali terakhir pergi ke zoo negara pada tahun 2011. Rasa nak menangis pun ada. Menangis sebab ;
Tiket nak masuk makin mahal nak mampos.
Sudahla tiket mahal, keadaan zoo pula yang tak diselenggara dengan baik dan betul.
Lepas tue masa nak keluar siap kakitangan zoo minta derma untuk beli makanan haiwan.
Aquarium kosong takde ikan pun banyak.
Lepas tue tempat buaya pun agak rendah. Ini kalau sapa2 panjat, jatuh tatau la nak cakap apa. Sudahla takde kakitangan yang jaga kawasan2 penting dan bahaya untuk berikan amaran dan alert agar menjaga keselamatan masing2.
Then kawasan tempat tinggal binatang yang sadis. Kotor. Berbau. Buruk. Kayu nak tercabut. Papan tanda uzur. Besi buruk dan karat. Tempat duduk yang dah hilang cat dan seri. Ada air bertakung dan berlopak sana sini. Muka kakitangan pun macam hidup memikirkan gaji bulanan yang kecik nak mampos tapi kerja banyak.
Ini apa neh kita sebut sebagai zoo negara? Tukar nama sahaja kepada zoo mampos. Tempat binatang2 tue bakal mampos akibat tidak dijaga dengan baik. Juga tempat duit rakyat bakal mampos dan rabak sebab buang masa pergi ke tempat macam tue. Bayaran dah la mahal nak mampos. Aku tak salahkan kakitangan zoo. Pasal aku dah tanya dorang hari tue masa depa minta derma. Depa cakap takde peruntukkan yang masuk itu sebab zoo mampos macam nak mampos. Keadaan ketika itu nazak. Bila2 masa sahaja bakal mampos.
Baca jap luahan yang aku petik dari sini.
Zoo Negara, zoo pertama di Malaysia yang telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 14 November 1963, pada masa dahulu pernah menjadi kebanggaan dan kegembiraan negara.Kita juga masih ingat lagu tema yang dinyanykian kanak-kanak daripada semua peringkat umur sedekad lalu, "Let's go to the zoo, there are lots of things to do…" Malangnya, tidak lagi.Hari ini, ia adalah tempat di mana makhluk indah pergi untuk dilupakan, dan dikunci dalam penjara besi berkarat. Ia dipaksa mendiami lumpur, menyejukkan diri di dalam kolam kecil yang jarang dibersihkan dan makan dari lantai dan minum air kotor – yang pasti akan mematahkan semangat mana-mana manusia, apatah lagi haiwan.Malah, huraian dalam risalah, laman pelancongan dan seumpamanya harus ditulis: "Selamat datang ke Zoo Negara, tempat untuk menyaksikan haiwan yang sakit mental dan tubuh badan, dan juga kekurangan zat makanan."Ia seolah-olah haiwan di zoo pun tidak dapat mengelak dari kesan politik yang telah melanda banyak aspek kehidupan kita.Zoo ini semakin merudum setiap hari dan haiwan dibiarkan hidup dalam keadaan suram selama beberapa dekad. Sekali pandang haiwan-haiwan ini, sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja menitiskan air mata.Keadaan haiwan yang dipamerkan di zoo begitu buruk sehinggakan beberapa haiwan pasti menderita dari segi psikologi, jika tidak jasmani.Zoo mempunyai tujuan menjaga dan mengawal kebajikan haiwan, memberikan pendidikan, serta pemuliharaan. Namun, haiwan-haiwan berharga ini hanya dianggap sebagai sebuah lagi aset perniagaan.Zoo ini dibiayai oleh penjualan tiket yang berharga RM30 (dengan MyKad) dan RM50 (tanpa MyKad) bagi setiap pengunjung, ditambah dengan dana swasta dan penajaan korporat tetapi ia tidak dilaburkan kembali untuk memperbaiki keadaan haiwan.Jelas sekali yang haiwan di Zoo Negara tidak berada dalam kesihatan yang baik – zoo ini tidak mempunyai habitat dan kemudahan yang betul, doktor haiwan zoo, pengendali haiwan dan penjaga zoo terlatih, dan paling penting kemudahan perubatan yang baik.Haiwan-haiwan jelas kekurangan penjagaan dan perlindungan yang betul. Tiada panduan profesional boleh didapati di zoo; jadi selain daripada hakikat bahawa pengunjung tidak belajar apa-apa dari lawatan mereka, haiwan ini terdedah kepada penyalahgunaan oleh orang-orang yang membuang punting rokok, beg plastik dan sampah lain ke dalam kandang mereka.Ini menanam mentaliti bahawa lawatan ke zoo hanyalah satu lagi kunjungan, tidak lebih dari itu. Panduan profesional perlu mengiringi pengunjung terutamanya kanak-kanak, supaya dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran mereka tentang hak-hak, keperluan haiwan dan bagaimana ia harus dilayan.Ditambah pula dengan kemudahan yang tidak memenuhi piawaian, sangkar simen yang menjadi kediaman haiwan adalah kecil, busuk dan dan tidak menyerupai habitat semula jadi mereka. Inilah sebabnya mengapa mereka menunjukkan tanda-tanda berputus asa, liar dan hilang keinginan untuk hidup.Seorang pekerja Zoo Negara yang tidak ingin dikenali berkata: "Keadaan begitu teruk sehingga haiwan sering kehilangan selera makan mereka, atau menjerit. Sering kali mereka akan menghantuk kepala mereka ke dinding."Beliau menambah bahawa haiwan-haiwan berasa tidak selamat dan sempit kerana mereka tidak diberikan habitat hidup yang menyerupai persekitaran semulajadi mereka, di mana mereka boleh berjalan dengan bebas dan bukannya dikurung di dalam kandang kecil keseluruhan masa.Haiwan ini kekurangan zat, berpenyakit, uzur dan jelas hilang kemahuan untuk hidup. Unta dijangkiti kurap dan satu matanya telah dijangkiti kuman. Kandang puma pula kosong, seperti juga kandang dubuk, beruang dan badak. Burung unta di situ tidak berbulu dan kelihatan seperti ayam yang telah dicabut kesemua bulunya.Kolam badak air pula kotor dan mereput dengan kulat berada di permukaan air. Malah panel maklumat pameran juga telah koyak dan rosak.Ini mungkin satu-satunya zoo di dunia yang beroperasi dengan cara percubaan dan kesilapan.Tiada kepakaran saintifik yang betul, mahupun perubatan dan rawatan digunakan dalam menguruskan koleksi haiwan yang sihat dan seimbang.Zoo Negara juga tidak mempunyai pakar veterinari dan pakar-pakar terlatih dalam penjagaan yang betul haiwan bagi pelbagai makhluk dan habitat yang berbeza, ia hanya mempunyai seorang doktor haiwan am.Selain daripada kekurangan penjagaan asas, pemakanan dan keadaan hidup yang betul, haiwan di Zoo Negara juga mengalami kesan panas terik dan hujan tropika kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang betul untuk berteduh.Jelas haiwan ini menderita dan tiada siapa yang nampaknya mengambil berat. Apa yang boleh dilakukan bagi memastikan kesejahteraan haiwan-haiwan ini? Di manakah keadilan untuk haiwan-haiwan malang ini? Apa yang akan berlaku kepada panda yang baru-baru ini telah dibawa masuk dari China?Malangnya, semua soalan-soalan ini mungkin kekal tidak terjawab, sewaktu mimpi ngeri bagi haiwan ini berjalan di Zoo Negara.